Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Tak sabar tunggu Rabu minggu depan

Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan nama calonnya yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, pada 23 Feb ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menyerahkan senarai nama calon tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan.

“Kita sedang memeriksa latar belakang semua nama-nama yang kemukakan, banyak yang layak, orang di sini, yang memang telah dicadangkan di peringkat bahagian Jasin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat dan perjumpaan dengan jentera BN pada pilihan raya kecil DUN Merlimau di Merlimau di sini, hari ini.

Mohd Ali sebelum ini menyatakan sebanyak tujuh nama disenaraikan untuk dipertimbangkan oleh Najib yang juga Pengerusi BN untuk dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata beliau dimaklumkan jentera BN sudah bersiap sedia untuk melaksanakan tugas secara berfokus dan terancang dengan harapan untuk meraih sokongan yang lebih besar daripada pengundi.

“Saya beritahu mereka dalam mana-mana pilihan raya termasuk pilihan raya kecil ini pengundi adalah raja, mereka penentu bagi kita, sepatutnya kita membentuk satu hubungan yang rapat dengan pengundi bukan setakat menemui mereka tetapi mendengar perkara yang mereka mahukan kita dengar,” katanya.

Ditanya kemungkinan pembangkang akan memainkan semangat perubahan di Mesir pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, Muhyiddin berkata rakyat tahu apa yang kita amalkan di Malaysia dan apa yang telah kita usahakan selama ini tidak boleh bandingkan dengan apa yang berlaku di Mesir.

“Senario di sana berbeza, sistem kerajaannya tidak serupa dan mungkin masalah yang timbul hingga menyebabkan dikatakan revolusi kerana rakyat tidak puashati, tidak ada perhatian soal nasib mereka.

“Di Malaysia sejak awal hingga sekarang tumpuan kita tidak ada yang lain ialah soal kebajikan rakyat, walaupun ada masalah dan cabaran bukan mudah tetapi kita akui yang ia menjadi perhatian, di bawah kepimpinan Perdana Menteri sekarang ini rakyat didahulukan,” katanya.

Beliau berkata di Malaysia rakyat sudah terdidik dengan sistem demokrasi di mana rakyat boleh bersuara melalui pelbagai saluran.

2 comments:

Anonymous said...

JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK
Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan Merlimau dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, JASA, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.
Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang PRK Merlimau.
Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH. Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.
Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.
Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.
Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini