Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

15 faktor kalah di Tenang.. Apa pula di MERLIMAU ?

15 Faktor PAS Kalah Besar Di Tenang

UMNO mendapat 6699. PAS cuma mendapat 2992. Majoriti menang ialah 3707 meningkat 1215 berbanding 2008. Jika tidak banjir mungkin UMNO boleh mendapat majoriti yang lebih besar mungkin sehingga 5000. PAS bukan hanya gagal kurangkan majoriti tapi majoriti UMNO menang meningkat tinggi lagi. Harapan PAS untuk buat kejutan berkecai sebaliknya PAS yang terkejut beruk.

Faktor Setempat

1. PAS sendiri kata awal-awal tidak yakin menang. PAS cuma ingin kekalkan undi 2008 dan juga cuma kurangkan majoriti UMNO. Ertinya PAS masuk bertanding tapi ingin kekal kalah. 


2. PAS mainkan isu jenazah. Tapi yang jadi target PM. Mungkin ingin tembak kepala biar cepat UMNO rebah. Malangnya ia mudah ditangkis. Akibatnya PAS pula yang seperti jenazah di Tenang. 


3. PAS mainkan isu tanah. PAS cuba gambarkan calon UMNO cuai. Padahal calon UMNO hanya laksanakan tugasnya. Sebenarnya tiada sebarang isu di sini. PAS yang kena tanam dalam tanah. 


4. PAS mainkan isu Felda. Wakil PAS ingin debat tapi tidak mahu pula dialog bila dipelawa oleh wakil UMNO. Bukankah dialog lebih selesaikan masalah dari debat yang panas. PAS nampak tidak jujur.
 

5. PAS tiada agenda yang menarik. Bagaimana ingin menarik hati ramai pengundi tanpa tarikan. Rakyat kini lebih bijak untuk bezakan antara realiti dan fantasi. Rakyat ingin wakil yang boleh bela nasib mereka.
 

. PAS pertaruhkan nasib calon wanita di kubu kuat UMNO. PAS patutnya letakkan calon lelaki sebab calon UMNO pun lelaki. Lagipun kawasan banjir. Bukannya apa. Lelaki lebih sesuai memimpin di kawasan berisiko.
 

7. PAS mulakan serangan peribadi. Akibatnya calon PAS diserang juga. Walaupun peribadi tapi bila masuk politik pasti kelemahan akan dicari oleh pihak lawan. PAS biasa lakukannya.
 

8. PAS terjerat dengan isu MC 21 hari. Memang bukan calon PAS tapi suami calon PAS yang sering mengiringinya. Orang MC tempatnya di rumah berehat dan calon PAS lebih molek menjaga suaminya yang MC dari berkempen.
 

9. Ada pemimpin PAS berkempen “Haram Syarii Undi UMNO”. Ini memberi gambaran PAS seakan parti yang ketinggalan zaman dalam poltitik. Haram sana haram sini tapi halal untuk PAS.
 

10. Ada pemimpin PAS berkempen “Siapa tak undi PAS jahiliah”. Ini seperti penjual samseng marah bila pembeli tidak sudi beli barangannya. Semua cara jahiliah dan samseng ini tidak lagi berkesan bahkan membuat ramai makin meluat dengan PAS.


Faktor Semasa

 

11. Kejayaan UMNO merampas kerusi Galas baru-baru ini memberi lebih keyakinan. Sebaliknya PAS semakin kurang yakin. Sebab itu tidak hairanlah awal-awal lagi PAS sudah mengaku kalah.
 

12. Kajian menunjukkan sokongan kepada BN semakin meningkat dari masa ke semasa. Sokongan kepada PR pula semakin merundum. Tambahan pula ada parti utama PR yang nampak kritikal ibarat retak menanti belah.
 

13. Ada pemimpin PAS yang menyataakn bahawa hudud bukan agenda utama besama PR walaupun PAS ada kuasa mutlak. Padahal dulu PAS gebangkan hudud sampai umat Islam berpecah. Tapi bila ada kuasa lain pula bicara.
 

14. Johor kubu kuat UMNO. Budaya Johor mungkin tiada atau kurang chemistry dengan budaya PAS. PAS digambarkan sebuah parti yang suka memusuhi sesama Islam. Orang Johor cintakan hidup yang damai.
 

15. PAS tiada tujuan jelas. Prinsip PAS sering bertukar. PAS kini pula terjerat dengan DAP. Sokongan Melayu kepada PAS semakin hilang. PAS mungkin terpaksa bersama DAP selamanya. PAS seperti tiada jalan pulang. PAS IS DEAD.

Sumber  : Harakah Online

UMNO JASIN senaraikan 7 calon untuk PRK DUN Merlimau

Barisan Nasional (BN) Melaka telah mengatur strategi bagi memperkuatkan jentera parti sebagai persediaan awal untuk menghadapi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau Mac ini.

Pengerusi BN Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam berkata jentera parti pada keseluruhannya telah bersedia untuk memastikan BN mempertahankan kerusi DUN itu.

"Saya sudah mula buat lawatan lebih kerap dan selami keperluan rakyat di DUN Merlimau dan tempoh empat minggu sebelum penamaan calon, kita akan lipat gandakan usaha dan tenaga jentera BN," katanya.

Mohd Ali yang juga Ketua Menteri Melaka berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Beruang Hill Resort di Bukit Beruang di sini Sabtu.

Beliau berkata BN Melaka akan mengerahkan lebih 1,000 anggotanya bagi melancarkan proses kempen yang akan dimulakan selepas penamaan calon pada 26 Feb.

Mengenai senarai calon bagi pilihan raya kecil itu, Mohd Ali berkata beliau akan menyerahkan nama kesemua tujuh calon yang telah disenaraikan oleh Umno Bahagian Jasin kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam masa beberapa hari lagi.

Pilihan raya kecil itu bakal diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan daripada BN pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 26 Feb manakala hari pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan.

- BERNAMA

Ali Rustam ketuai PRK DUN Merlimau

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilantik sebagai pengarah pilihan raya Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac depan.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mengumumkan perkara itu berkata, pelantikan Mohd Ali itu dipersetujui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, yang juga pengerusi BN.

"Kita berkeyakinan terhadap kemampuan dan pengalaman beliau sebagai Ketua Menteri untuk menggerakkan jentera Barisan Nasional dan memastikan kerusi Merlimau itu kekal di pihak BN," katanya kepada pemberita selepas majlis penyampaian bantuan di Masjid Pekan Ayer Panas di sini, pada Sabtu.

Beliau berharap, calon BN bagi pilihan raya kecil DUN Merlimau yang bakal dipilih kelak akan menerima sokongan daripada masyarakat kawasan terbabit serta semua anggota dan kepimpinan BN.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pada Jumaat menetapkan tarikh penamaan calon bagi pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau ialah pada 26 Feb depan dan jika ada pertandingan, pengundian diadakan pada 6 Mac.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan, 54, dari BN pada 20 Jan lepas.

Seramai 10,679 pengundi akan terlibat di PRK Merlimau, Melaka

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil DUN Merlimau, Melaka ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

SPR akan nenggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000.

Penentuan DUN Merlimau pada 6/3/2010 (Ahad)


SPR tetapkan hari pencalonan pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 26 Februari manakala hari mengundi pada 6 Mac jika ada pertandingan.  - PARPUKARI

Calon popular dan diminati orang ramai untuk PRK Merlimau

Barisan Nasional (BN) Melaka akan menurunkan calon popular dan disukai ramai untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dalam pilihan raya kecil kawasan itu berikutan kematian penyandang, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, akibat serangan jantung, Khamis lalu.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata pihaknya tidak berdepan masalah untuk menurunkan calon yang boleh menang, berwibawa dan mendapat sokongan majoriti rakyat.

“Kita akan beri calon terbaik... kawasan ini (bahagian UMNO Jasin) banyak calon yang boleh diketengahkan dan kita akan mengikut kehendak Perdana Menteri memilih hanya calon terbaik yang disokong dan diminati orang ramai dan boleh berkhidmat baik untuk parti dan rakyat.

“Calon popular dan diminati orang ramai biasanya boleh menang... tetapi jika hanya popular dalam parti saja nanti (sokongan undi) susah sikit,” katanya selepas menerima Anugerah Tokoh Bekas Anggota KEMAS di majlis Ramah Mesra dan Perasmian Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia di sini, semalam.

Mohd Ali berkata, BN Melaka juga akan menerima sesiapa saja calon yang dipilih Perdana Menteri bagi mewakili parti komponen itu dalam pilihan raya kecil nanti.

Allahyarham Mohamad Hidhir yang berdepan tiga serangan jantung dalam tempoh seminggu lalu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Putra, Melaka, jam 8.10 malam Khamis lalu.

BERITA HARIAN

SPR adakan mesyuarat untuk PRK DUN Merlimau

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas pada Jumaat ini untuk membincangkan semua perkara berkaitan pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri Merlimau, Melaka.

Setiausaha SPR Datuk Kamaruddin Mohamed Baria pada Selasa berkata SPR telah menerima pemakluman rasmi daripada Speaker DUN Melaka pada 21 Jan lepas berhubung kekosongan kerusi itu.

Ini berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Jan lepas.

"Satu kenyataan media oleh Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof, Pengerusi SPR yang (akan) memaklumkan mengenai tarikh-tarikh hari penamaan calon dan hari pengundian akan diedarkan kepada pihak media," kata Kamaruddin dalam satu kenyataan.

BERNAMA

Keputusan PRK Merlimau

Allahyarham YB Datuk Mohd Hidhir Bin Abu Hassan

 Sebelum menganalisis keputusan Pilihanraya Kecil PRK Merlimau 2011, marilah sama-sama kita meninjau keputusan Piliharaya UMUM 2008

Jumlah Pengundi: 10,471

Peratusan Kaum: M:64.69% C:21.11% I:14.16% L:0.04%

Calon
1. Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN) (4,981)
2. Jasme Tompang (Pas) (2,827)

Majoriti: 2,154

Jumlah undi: 7,957

Peratus mengundi: 75.99%

Undi rosak: 149

Penyandang: Datuk Mohd. Hidhir Abu Hassan (BN)

(Majoriti: 5,087 undi)

Kecoh: PAS dan PKR berebut kerusi DUN Merlimau

Pemuda PAS mahu hak parti itu untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dikekalkan dan dihormati rakan dalam pakatan pembangkang. Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, perkara itu telah dipersetujui bersama oleh pakatan PAS-DAP-PKR sebelum ini bahawa kerusi yang diperuntukkan kepada mana-mana parti dalam gabungan pembangkang kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

PAS pada 1999 dan 2008, telah bertanding di kerusi itu manakala pada 2004 ia ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sebelum itu, kerusi tersebut ditandingi Semangat 46 pada 1995.
Beliau berkata, tindakan meminta, mendesak atau membuat kenyataan mendahului pucuk pimpinan parti oleh mana-mana pihak dalam pakatan pembangkang itu perlu dielakkan kerana ia bertentangan dengan semangat setiakawan dan persetujuan yang dicapai ketiga-tiga parti.

“Berpegang kepada persetujuan sebelum ini, ia patutnya dikekalkan status quo kepada PAS. Saya harap pihak-pihak berkenaan menghormatinya.

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini