Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

PRK Merlimau pilihanraya kecil terbaik !


Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata rakyat di negara ini mesti menolak cara politik pecah belah, fitnah dan adu domba dari disemai di kalangan generasi muda.

Tegasnya jika ini dibenarkan berlaku maka masa depan negara akan menjadi tidak menentu kerana diburukkan dengan suasana rakyat yang tidak bersatu.

“Hentikan dan jangan biarkan politik sempit ini terus berlaku…negara tidak boleh maju, aman dan makmur jika rakyat tidak bersatu”, katanya pada Majlis Ramah Mesra Rela dan Hari Bertemu Pelanggan 1KDN di sini, hari ini

Justeru beliau yang juga Menteri Dalam Negeri percaya rakyat kini semakin matang untuk menilai dan menolak usaha pembangkang menyuntik perkara negatif yang disebarkan melalui kempen serta ceramah.

Malah tegas beliau lagi usaha pembangkang menggunakan platform pilihan raya untuk menyebarkan tohmahan dan fitnah termasuk menggunakan kes-kes yang sedang berjalan di mahkamah untuk meraih sokongan mengundi, tidak akan berjaya.

“Taktik sedemikian pernah dilakukan pada pilihan raya kecil di Tenang, Johor bulan lepas tetapi tidak berjaya kerana rakyat lebih bijak menilai perkara yang sebenarnya”, ujar beliau.

Beliau juga turut menganggap perjalanan pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau setakat ini adalah yang terbaik berbanding beberapa pilihanraya kecil lalu.

“Di sini cukup berbeza dan saya mendapat laporan setelah melalui beberapa pilihanraya kecil lalu ini adalah pilihanraya yang terbaik apatah lagi di bawah pengarah jenteranya, Datuk Seri Ali Rustam.

“Saya harap keadaan ini dapat dikekalkan dan diteruskan”, katanya.

Pada masa yang sama beliau juga mengajak rakyat sekali lagi menolak pembangkang yang ternyata tidak mempunyai perjuangan yang konsisten.

Rakyat khususnya pengundi di Merlimau kata beliau lagi tidak sepatutnya mempercayai apa jua janji pembangkang kerana ia tidak lebih sekadar satu penipuan seperti mana misi 16 September dan janji-janji pilihanraya umum lalu. -MediaUMNO

1 comment:

Anonymous said...

JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti Majlis Agama Islam, Mufti, Kadhi, JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini