Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Rakyat Merlimau dan Kerdau tolak PAS & Anwar !!!

Barisan Nasional (BN) mengekalkan kedua-dua kerusi DUN Kerdau dan Merlimau hari ini dengan majoriti besar berbanding prestasi tiga tahun lalu.

Di Kerdau, BN memperoleh majoriti 2,724 undi manakala di Merlimau pula merekodkan kelebihan 3,643 undi.

Pada 8 Mac 2008, BN menang dengan kelebihan 1,615 undi di Kerdau dan 2,154 undi di Merlimau.

Di Kerdau, calon BN Syed Ibrahim Syed Ahmad memperoleh 5,060 undi manakala calon PAS mendapat 2,336 undi.

Dalam pada itu, di Merlimau, calon BN Roslan Ahmad, 44, bersaing dengan wakil PAS, Yuhaizat Abdullah, 38.

Roslan memperoleh 5,962 undi manakala Yuhaizat pula memperoleh 2,319 undi.
Kemenangan di Merlimau menyaksikan BN mengekalkan kemenangan tanpa kalah susulan kejayaan merampas balik kerusi DUN Galas, Kelantan dan mempertahankan kawasan Tenang, Johor Januari lalu.

Keputusan rasmi kedua-dua kerusi diumumkan sekitar 8.15 malam ini.

Di Merlimau, BN memenangi kesemua 22 saluran di tujuh pusat mengundi.

Selain majoriti, BN juga menyaksikan peningkatan undi berbanding 2008. Bagaimanapun jumlah undi PAS menurun di kedua-dua kerusi Kerdau dan Merlimau.

Pada 8 Mac 2008, BN menerima 4,981 undi manakala PAS pula 2,827 undi di Merlimau.

Keadaan yang sama disaksikan di Kerdau di mana undi BN mengalami peningkatan manakala PAS pula sebaliknya.

Kali ini BN menerima sebanyak 5,962 undi berbanding 4,135 undi pada 2008 manakala PAS hanya memperoleh 2,336 undi berbanding 2,520 undi diterimanya tiga tahun lalu.

No comments:

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini