Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Pembangkang amal budaya samseng !!!


Pengerusi Pemuda Barisan Nasional (BN), Khairy Jamaluddin menafikan BN mengamalkan budaya samseng dan khianat dalam kempen pilihanraya di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau sebaliknya berpendapat ia dilakukan pembangkang sendiri.
Sambil menyifatkan dakwaan pembangkang itu sengaja diadakan beliau percaya ia tidak lebih satu perbuatan sabotaj untuk menunding jari kepada BN.
“Saya rasa kerja ini kerja yang dibuat oleh mereka sendiri. Bagi pihak Pemuda BN kita takde masa untuk buat kerja itu…kita lebih banyak perlu masa untuk pastikan jentera kita jumpa pengundi….kita takde masa untuk buat kerja-kerja kotor seperti itu.
“Sekiranya unsur-unsur negatif poster yang tak senonoh dan sebagainya dan usaha untuk membakar bendera…itu sebenarnya tidak datang daripada kita mungkin itu satu percubaan untuk sabotaj, untuk menunding jari kepada BN”, katanya.
Beliau berkata demikian kepada UMNO-Online sebagai mengulas dakwaan pembangkang kononnya BN mengamalkan budaya samseng ketika berkempen apabila dipercayai terbabit dalam cubaan membakar pentas ceramah DAP dan memecahkan cermin kereta.
Khairy seterusnya menegaskan BN khususnya jentera Pemuda mengamalkan kempen yang berdspilin, berhemah, mengikut undang-undang dan tatacara pilihanraya.
Mengenai taktik pembangkang seumpama itu yang akan digunakan menjelang hari-hari terakhir sebelum pengundian pada 6 Mac ini, beliau berkata pihaknya akan memantau perkara itu kerana ia adalah taktik untuk memburukkan BN.
“Sekiranya ada apa-apa propaganda yang negatif yang seolah-olah nampak untuk menyerang secara peribadi pembangkang tetapi dituduh BN yang buat perkara itu…saya nak bagi jaminan kita tak amalkan cara kempen tersebut.
“…dan saya yakin dan saya nak beritahu rakyat dan pengundi di Merlimau ini sekiranya ada usaha seperti itu mungkin datang dari pihak sana”, katanya.
Mengenai gerakan jentera pilihanraya setakat ini, beliau yang sebelum itu mengetuai jentera Pemuda BN berkempen di Kampung Ayer Merbau di sini berkata jentera pilihanraya Pemuda mesti meneruskan momentum dan meningkatkan lagi kempen sehingga hari terakhir pengundian.
“Dari bacaan kita, golongan muda di sini memberi sokongan padu kepada BN dan sokong calon kita.
“Saya harap jentera ini teruskan komitmen selain mendekati pengundi muda mereka juga perlu menghubungi rakan mereka  di luar kawasan…insyaallah kita boleh menang dengan cermelang cuma kita jangan leka dengan keadaan…jentera mesti kekal dan tingkatkan kekuatan”, katanya. –MediaUMNO

1 comment:

merlimauku said...

Pembangkang memang cap Ayam. Tapi aku bangga dengan rakyattranung.blogspot. kalau betul mmg dari terengganu, bleh ambe jumpa...

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini