Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Kantoi... calon PAS Merlimau menipu !!!

Sah terang-terang calon Pas menipu yang beliau pernah pegang jawatan berkenaan. Jawatan itu sengaja diletak-letakan untuk menggambarkan dia seorang yang hebat.

Sudahlah diplomanya diragui ,

lepas itu menipu pula pernah pegang jawatan dalam Belia 4B.

Gerakan Belia 4B Jasin hari ini menafikan calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini, pernah menjadi ahli pertubuhan itu.

Penasihatnya, Datuk Hasan Rahman berkata, setelah diteliti keahlian pertubuhan tersebut di daerah itu, calon Pas tersebut didapati tidak pernah menjadi ahli seperti yang didakwanya dalam sebuah akhbar hari ini.

“Dakwaan beliau (Ruhaizad) pernah menjadi ahli Gerakan Belia 4B di Jasin adalah tidak benar. Kita telah teliti keahlian di peringkat cawangan memang namanya tidak ada.

“Saya tidak pasti bagaimana beliau boleh mendakwa pernah menjadi ahli pertubuhan ini. Mungkin beliau cuba untuk meraih simpati daripada pengundi di Merlimau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob menaiki Sungai Rambai River Cruise di Dataran 1Malaysia DUN Sungai Rambai di sini hari ini.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai mengulas mengenai laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa Ruhaizad adalah ahli Gerakan Belia 4B di sini.

Ruhaizad membuat kenyataan tersebut selepas namanya diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon parti itu bertanding di DUN Merlimau malam tadi.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jasin berkata, beliau mendapat banyak panggilan telefon daripada ahli di daerah tersebut yang marah kerana calon Pas itu berdusta mendakwa dirinya adalah ahli pertubuhan itu.

“Macam mana beliau nak menjadi wakil rakyat di Merlimau kalau tidak bercakap benar. Kenapa mesti nak tipu dengan mendakwa sebagai ahli Belia 4B di daerah ini.

“Sebagai calon Pas lebih baik beliau bercakap benar dan jangan cuba untuk melakukan provokasi semata-mata untuk meraih simpati pengundi di Merlimau,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta calon Pas itu menggunakan saluran lain jika berhasrat untuk meraih undi simpati daripada penduduk di Merlimau.

PAS bacul untuk isytihar parti mereka "Ketua Parti Pembangkang" !!!

“Kita bagi tempoh hingga 6 Mac ini….kalau mereka isytihar kita boleh sokong mereka. Tapi saya yakin Pas takkan berani buat, Pas takkan berani kerana mereka cukup takut dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh”, katanya ketika berucap di Dewan Serbaguna Merlimau Timur di sini.
Bekas Setiausaha Politik Datuk Seri Anwar Ibrahim, Senator Ezam Mohd Noor mencabar Pas untuk tampil membuat perisytiharan di Melaka bahawa mereka adalah pemimpin dan ketua kepada pakatan pembangkang atas prinsip parti yang memperjuangkan Islam.

Tegas beliau Pas harus menyahut cabaran ini dengan berani mengangkat pemimpin mereka Datuk Seri Hadi Awang sebagai ketua dan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat sebagai timbalannya.

“Kita bagi tempoh hingga 6 Mac ini….kalau mereka isytihar kita boleh sokong mereka. Tapi saya yakin Pas takkan berani buat, Pas takkan berani kerana mereka cukup takut dengan Lim Kit Siang, Karpal Singh”, katanya ketika berucap di Dewan Serbaguna Merlimau Timur di sini.

Beliau berkata Pas tidak mampu menegakkan syiar Islam kerana mereka kini hanya menjadi kuda tunggangan PKR dan Dap seperti mana yang berlaku di beberapa negeri di bawah pakatan pembangkang.

“Usah bercakap soal nak tegakkan ekonomi orang Islam, untuk membangunkan umat Islam ke persada antrabangsa… tak payah cakap perkara besar seumpama itu cukup dengan satu tin arak pun Pas tak mampu seperti yang berlaku di Shah Alam.

“Bila pihak berkuasa tempatan rampas arak dari sebuah kedai serbanika maka pemimpin Dap atas kuasa yang ada padanya memerintahkan arak itu dipulangkan semula… apa yang Pas buat”, katanya.

Beliau juga membidas tindakan pembangkang yang mengajak orang muda bangkit seperti mana yang berlaku di Mesir.

“Malaysia dan Mesir tak sama…kalau sama pun satu saja pemimpin Mesir, Hosni Mubarak diktator sama dengan pemimpin di sini diktator tapi bukan pemimpin kitalah…pemimpin yang di sebelah sana baik Lim Kit Siang, Anwar Ibrahim .

“Macam mana Anwar buat PKR macam harta mak bapak dia…. Mubarak buat macam tulah…siapa lawan tendang keluar, siapa sokong bagi jawatan”, ujarnya.

Malah jelas beliau lagi ketika berada di Mesir baru-baru ini rakyat negara itu yang bangkit menentang Hosni Mubarak merujuk kepada Malaysia.

“Mereka bukan rujuk orang yang buat demonstrasi di negara ini tapi merujuk kepada Tun Dr Mahathir kerana Hosni Mubarak naik hampir sama dengan Tun Dr Mahathir tapi kejayaan pembangunan Malaysia jauh lebih baik dari di Mesir.

“Di bandar Cairo kita boleh lagi lihat keldai berjalan di tengah kota”, katanya.

-MediaUMNO

PAS sindir PKR dan DAP di Merlimau !!!

Pas nampaknya semakin hilang arah dalam kempen mereka pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau apabila terus mencanang serangan politik dinasti kepada calon Barisan Nasional (BN) walaupun serangan itu umpama “meludah ke muka sendiri”.

“Mereka (Pas) terus buat dakwaan BN yang diwakili UMNO mengamalkan sistem dinasti iaitu turun temurun jawatan pemimpin, dari bapa turun ke anak. Kita tak pasti sama ada mereka mahu membuat jenaka atau mereka sengaja nak malukan rakan pakatan mereka sendiri.

“Tapi yang pasti serangan Pas ini mungkin sebenarnya dihalakan kepada rakan pakatan mereka iaitu PKR dan Dap… umpama “pukul anak sindir menantu”, kata Exco Pemuda UMNO Malaysia, Suffian Awang.

Jelas beliau serangan politik dinasti ini mungkin sengaja dilakukan kerana kecewa dengan sikap rakan pakatan mereka PKR dan Dap yang dilihat seperti tidak bersungguh-sungguh membantu mereka pada pilihanraya kecil di DUN Merlimau ini.

“Siapa amalkan politik dinasti ini….? Siapa Anwar Ibrahim, siapa Wan Azizah, siapa Nurul Izzah, siapa Lim Kit Siang, siapa Lim Guan Eng, siapa Betty Chew, siapa Karpal Singh, siapa Gobind Singh, siapa Nga Kor Ming, siapa Ngeh….? Bukankah ini politik dinasti?

“Kita sebenarnya cukup kesian melihat Pas yang terus terkapai-kapai berkempen di sini… mereka tak ada isu… main pukul borong tapi kena batang hidung sendiri”, ujarnya.

Justeru beliau berharap agar Pas lebih bertenang dan tidak membuat serangan seumpama itu yang hanya melihatkan betapa tidak cerdiknya mereka.

“Kalau nak marahkan PKR dan Dap pun buat cara bijak bukan cara seperti ini yang hanya akan memalukan Pas sendiri”, katanya. -MediaUMNO

Pengundi Cina, India dan golongan muda buat kejutan besar !!

Beberapa pemimpin komponen Barisan Nasional (BN) hari ini yakin trend peningkatan sokongan kaum bukan Melayu terhadap BN seperti yang ditunjukkan pada beberapa pilihanraya kecil lalu akan berterusan khususnya di Merlimau.

Menteri "orang muda" bersama calon "orang muda" Merlimau
Mereka berpendapat suasana politik hari ini sudah berubah berbeza dengan pilihanraya umum lalu berikutan beberapa pendekatan yang diambil kerajaan terutama Gagasan 1Malaysia yang dibawa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Malah menurut Setiausaha Agung MCA, Datuk Seri Kong Cho Ha beberapa tindakan parti pembangkang selepas pilihanraya umum lalu juga menyumbang kepada peningkatan sokongan pengundi bukan Melayu terutama di kalangan masyarakat Cina.

Jelasnya pengundi Cina sebenarnya mahukan suasana politik yang lebih stabil di samping keupayaan kerajaan BN ketika ini menyelesaikan beberapa perkara yang sebelum ini menjadi senjata pembangkang untuk menyerang BN.

Dato Seri Shabery bersama orang muda di Merlimau
“Kita yakin trend sokongan ini akan berterusan di Merlimau. Masyarakat Cina mahu politik yang stabil serta parti yang konsisten. Mereka sudah mampu menilai”, katanya ketika ditemui di pusat penamaan calon bagi pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau di Politeknik Merlimau di sini, hari ini.

Mengenai pendekatan yang digunakan MCA di Merlimau pula beliau berkata MCA akan mengadakan program dan aktiviti masyarakat seperti lazimnya dilakukan pada setiap pilihanraya kecil di samping mengadakan pertemuan dengan kelompok kecil menerusi pelbagai persatuan masyarakat terbabit

Beliau juga yakin kekuatan jentera BN dapat memastikan kemenangan besar untuk mempertahankan kerusi DUN Merlimau selain menangkis setiap taktik kotor pembangkang.

Sementara itu Presiden MIC, Datuk G. Palanivel pula berkata parti itu menyasarkan sokongan masyarakat India kepada BN pada pilihan raya kecil ini sekurang-kurangnya setanding dengan sokongan pada pilihan raya kecil di DUN Tenang, Johor.

“Saya difahamkan bahawa kira-kira 75 peratus pengundi India berpihak kepada BN di Tenang dan peratusan undi ini akan cuba dikekalkan di Merlimau,” katanya.

Beliau berkata jentera parti MIC peringkat pusat termasuk sayap Wanita dan Pemuda telah mengenal pasti lebih 1,200 pengundi India di Merlimau daripada keseluruhan 1,567 pengundi dan tempoh kempen akan digunakan untuk melipatgandakan usaha meraih undi bagi BN.

Jelas beliau dua tumpuan utama MIC ialah di Merlimau Pasir dan Jasin Lalang yang masing-masing mempunyai 468 dan 365 pengundi kaum India.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula berkata parti itu telah menggerakkan jenteranya dari awal untuk memastikan kemenangan menjadi milik BN pada pilihan raya kecil itu.

“Kita telah kenal pasti pengundi di sini di kalangan ahli kita kira-kira 200 orang, kita juga adakan aktiviti datang rumah ke rumah untuk meninjau masalah rakyat dan meraih sokongan mereka,” katanya.

Mengulas mengenai calon BN, beliau berkata daripada pemerhatian beliau, calon muda BN itu amat mesra dan tidak sombong dengan penduduk di kawasan Merlimau.

Bagi Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Datuk M Kayveas berkata pada pilihan raya kecil ini sokongan kepada BN nampak begitu padu dan kerjasama antara anggota komponen BN begitu baik sekali.

“Di sini kita ada 252 pengundi di kalangan PPP dan kita telah pun menemui mereka dan semuanya akan mengundi BN.

“Kita juga yakin pengundi di kalangan kaum India juga akan berpihak kepada kita setelah mereka melihat keadaan huru hara di kalangan parti pembangkang”, katanya.

Golongan muda kini juga sudah menunjukkan kecenderungan menyokong kerajaan Barisan Nasional (BN) yang memahami dan memenuhi kehendak golongan tersebut, kata Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata golongan muda melihat kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebagai pemimpin yang banyak memberi inspirasi kepada mereka.

"Kalau dibandingkan dengan keputusan pilihan raya umum 2008 yang lepas, antara punca kekalahan BN (di negeri dan kerusi tertentu) ialah kurangnya sokongan daripada pengundi muda," katanya kepada pemberita selepas menghadiri program sembang bersama pemimpin belia dan kembara promosi Hari Belia Negara 2011 di Merlimau Pasir dekat sini, malam tadi.

Ahmad Shabery berkata golongan muda kini menyedari bahawa pakatan pembangkang yang terdiri daripada PAS, DAP dan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dipimpin oleh orang tua yang tidak sealiran dengan kehendak mereka.

Beliau percaya pengundi muda di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau akan menyokong BN pada pilihan raya kecil DUN itu pada 6 Mac depan.

"Lebih-lebih lagi calon BN Roslan Ahmad, 44, adalah bekas aktivis belia, maka sudah tentu beliau faham dengan baik kehendak orang muda. Bagi saya tidak ada isu besar maka tidak ada sebab orang muda tidak bersama BN," katanya dengan menambah terdapat 39 peratus pengundi berusia antara 21 dan 40 tahun di DUN Merlimau.

Roslan, ditentang oleh calon PAS Yuhaizad Abullah, 38, bagi kerusi DUN Merlimau yang kosong berikutan kematian wakil rakyatnya daripada BN, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Sementara itu, Ahmad Shabery menasihati para belia India supaya tidak menyertai perhimpunan haram yang dirancang pertubuhan yang diharamkan, Hindraf atau Hindu Rights Action Force, di Kuala Lumpur hari ini.

Beliau berkata belia India tidak sepatutnya terpengaruh dengan Hindraf kerana isu yang mereka ketengahkan adalah tidak berasas, satu pembohongan dan tidak benar.

Katanya semua kaum di negara ini mempunyai isu tetapi kerajaan dapat menguruskan semua isu tersebut dengan baik.

"Perarakan di jalan raya tidak relevan di Malaysia," katanya sambil menambah bahawa perbuatan tersebut akan menjejaskan ketenteraman awam.

-MediaUMNO dan Bernama

DAP hina PAS lagi di Merlimau

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan hari ini meminta pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau agar tidak terpengaruh dengan kempen simpati Pas yang meminta para pengundi di DUN terbabit untuk memberi peluang kepada Pas sebagai wakil pembangkang di dalam DUN Melaka.

Menurut beliau permintaan tersebut adalah sesuatu yang cukup melucukan kerana bukankah DAP yang merupakan sekutu rapat Pas sudah pun berada di dalam DUN Melaka hari ini dan mereka boleh “menggunapakai” Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) daripada DAP untuk menyalurkan segala-galanya.

“Saya difahamkan permintaan ini datangnya daripada salah seorang pemimpin Pas yang meminta peluang pada kali ini diberikan kepada mereka kerana Pas tidak ada satu kerusi pun di negeri berkenaan. Jadi dia kata suara Pas di Melaka itu tidak dapat disampaikan.

“Jadi saya nak bertahu bukankah Pas bersahabat baik dengan DAP dan bukankah DAP dah ada di dalam DUN Melaka hari ini. Justeru Pas tidak perlu wakil di Melaka sebab DAP dah ada dan menjadi wakil kepada pembangkang di sana.

“Pas boleh mewakilkan DAP sebagai wakil mereka di Melaka. Ini adalah realiti. Sehubungan itu saya syorkan tidak perlu undi Pas di Merlimau sebab sahabat karib Pas dah ada di Melaka,” katanya kepada UMNO-Online ketika kunjungannnya ke Felda Jengka 23 di sini, hari ini.

Dalam perkembangan lain, Ahmad Maslan berkata pakatan pembangkang tidak layak dipanggil sebagai Pakatan Rakyat kerana gabungan di dalam parti tersebut masih tidak mendapat pengiktirafan daripada pendaftar pertubuhan.

“Lagi satu bila pula rakyat berpakat menyokong mereka. Jadi kepada seluruh pimpinan kita dan media, hentikan guna PR sebagai pakatan rakyat. Mereka sebenarnya golongan cacamerba, mereka adalah puak pembangkang. Oleh kerana itu saya menyeru tidak lagi sebut pakatan rakyat…pakatan dua tiga kerat bolehlah..atau puak pembangkang,” katanya. -MediaUMNO

Biodata Roslan Hj Ahmad (Calon BN Merlimau)

Biodata Calon
Nama penuh : Roslan bin Datuk Hj Ahmad
Alamat : 127-16, Ayer Merbau, Jalan Batu Gajah, Merlimau 77300 Melaka
Umur : 44 tahun
Tarikh Lahir : 9 Januari 1967
Taraf perkahwinan : Berkahwin
Nama isteri : Zalifah binti Hj. Omar
Bil. anak : 4 orang ( 3 lelaki dan 1 perempuan )

Pendidikan
Diploma
Institusi : Institute Technology Tun Abdul Razak ( ITTAR )
Swansea Inst.
Higher Education ( S.I.H.E ) Wales, United Kingdom
Bidang Pembelajaran : Diploma Pengajian Perniagaan ( Business Management ) DBM
Tahun : 1994-1996

Latar belakang Pekerjaan ( Terkini )
PERBADANAN MELAKA HOLDINGS BHS ( PMH )
Anak syarikat Milik Penuh Perbadanan Kemajuan Negeri Melaka ( PKNM )
Jawatan terkini : Pengurus
Bahagian / unit :Bahagian Pembangunan Bisnes & Sosio-Ekonomi
Mula berkhidmat : 07 September 2009

 -----------------------------------------------------------

Roslan Datuk Ahmad, anak bekas ADUN Sungai Rambai Datuk Ahmad Ithnin diumumkan sebagai calon BN bagi PRK Merlimau. Pengumuman dibuat oleh TPM, Muhyiddin Yassin di pekan Merlimau sekejap tadi. 

Roslan merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan dan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings.


DS Ali Rustam awal-awal lagi memaklumkan semalam, nama-nama mereka yang dicalonkan tetapi tidak dipilih jangan kecewa dan kecil hati.


Mungkin kali ini rezeki Roslan. Siapa tahu pada PRU-13 nanti nama-nama tersebut dicalonkan semula dan dipilih, siapa tahu!



Roslan Ahmad Calon BN di Merlimau


Timbalan Perdana Menteri dan Timbalan Presiden UMNO Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan ahli jawatankuasa UMNO Bahagian Merlimau, Roslan Datuk Ahmad Isnin, 44, sebagai calon Barisan Nasional (BN) bagi pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka.

Beliau merupakan Pengurus Pembangunan Perniagaan Sosioekonomi Perbadanan Melaka Holdings Sdn. Bhd.

Pengumuman tersebut dibuat di Pusat Operasi BN, di Jalan Jasin di sini.
PRK DUN Merlimau akan diadakan pada 6 Mac depan dengan penamaan calon akan berlangsung Sabtu ini berikutan penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan meninggal dunia pada 20 Januari 2011 lalu. – MediaUMNO

Orang Muda di Merlimau pasti bersama BN !!!

“Kalau mengikut logik, buat apa kami nak menyokong pembangkang lagi. Semua sudah disediakan oleh kerajaan memerintah,” kata seorang pemuda dari kampung Tengah, Merlimau.

Amir Baba, 31, mengimbau kembali kesusahan pada 20 tahun dahulu, di mana penduduk kebanyakannya terpaksa bergantung kepada pengangkutan awam terutamanya bas untuk ke bandar Merlimau.

Amir, yang ketika itu belasan tahun juga menggunakan bas untuk ke sekolah namun beliau melihat pelajar sekolah kini lebih senang kerana hampir semua rumah di kampung itu mempunyai kenderaan sendiri, paling tidak pun sebuah motosikal.

“Boleh lihat sendiri di kampung ini, semua keluarga ada kereta, ada motosikal. Ini bermakna taraf penduduk kampung adalah lebih baik sekarang,” katanya kepada Bernama di sini.

Beliau yang selesa dengan kehidupannya sebagai penjawat awam di bandar Melaka berkata, tiada isu belia menganggur di kampungnya kerana mereka semuanya bekerja.

“Sebagai penduduk kampung kami sentiasa mengambil berat hal ehwal rakan sebaya. Kebanyakannya bekerja di sektor swasta, sebagai operator di kilang berdekatan di Kampung Kilang Berapi, malah di bandar Melaka,” katanya.

Beliau berkata ada di antaranya yang memegang jawatan tinggi seperti jurutera selain juruteknik dan di jabatan-jabatan kerajaan kerana di kampung itu tidak terdapat aktiviti pertanian secara besar-besaran.

Katanya, pada masa terluang penduduk kampung sebayanya juga sibuk mengadakan aktiviti dan program yang bersesuaian seperti sukan bola sepak futsal, aktiviti mengacau dodol dan juga gotong-royong membersihkan masjid.

“Kami tak mahu menjadi pemuda lesu, dan buat hal masing-masing. Pemuda adalah harapan bangsa. Mana-mana pemuda yang agak liat nak bercampur, kami dorong dan sertai program dan aktiviti kami,” katanya.

Meihat kepada keadaan di kampung itu, jelas kenyataan Amir itu benar dengan keadaan rumah penduduk kampung yang selesa, jalan raya yang baik, sistem perparitan yang lancar, lampu jalan dan hampir semua infrastruktur asas ada.

Ditanya mengenai perbelanjaan seharian dan kos sara hidup, Amir berkata kehidupan di kampung tidak begitu terasa kerana kos hidup lebih murah berbanding di kota besar seperti Kuala Lumpur.

Kampung tradisional yang terletak bersebelahan Jeti Nelayan Kuala Merlimau turut mendapat perhatian umum khususnya kalangan orang politik kerana bakal menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-15 pada 6 Mac depan.

Kampung Tengah juga bersempadan dengan Rumah Penghulu Mat Natar, sebuah destinasi pelancongan popular bagi mereka yang datang ke sini, Taman Makmur dan Taman Merlimau Jaya.

Nor Amry Abas, 29, juga mempunyai pendapat sama dengan Amir kerana apabila kerajaan mewujudkan Politeknik Merlimau pada 2003, ramai pemuda kampung yang layak meneruskan pengajian di institusi pengajian itu.

Katanya, ia membolehkan anak-anak muda di kampung sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan dengan pelajar-pelajar ini, selain turut aktif dan tidak hanya pulang sekali-sekala.

“Belia sekarang aktif. Alhamdulillah kami tidak susah. Kita tengok ada di negeri-negeri lain yang tidak dapat kemudahan macam di kampung kami. Kalau dari segi kemudahan memang dah cukup,” katanya.

Nor Amry, yang pulang ke kampung sejak tiga tahun lalu selepas bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata beliau lebih selesa pulang ke kampung, tambahan pula sejak ibunya tidak berapa sihat beberapa tahun lepas.

Kini, penduduk Kampung Tengah juga mendapat perhatian penyokong dan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan juga PAS apabila pilihan raya kecil akan diadakan pada 6 Mac ini berikutan kematian anggota Dewan Undangan Negeri Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dari BN.

Masa depan DUN Merlimau terletak di tangan seramai 10,679 pemilih berdaftar termasuk 36 pengundi pos.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir mengekalkan kerusi itu apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas Jasme Tompang.

Rekod daftar pemilih sehingga 31 Dis lepas menunjukkan jumlah pengundi di DUN itu ialah 10,767 orang pengundi Melayu iaitu sebanyak 64.1 peratus, Cina (20.8 peratus), India (14.4 peratus) dan lain-lain bangsa (0.7 peratus).

Demi PRK, tiba-tiba PAS sokong perjuangan Melayu !!!

Para pengundi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dan Kerdau dinasihatkan supaya tidak terpengaruh dengan propaganda Pas yang mengakui parti itu mengutamakan perjuangan orang Melayu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal berkata, Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat sering membuat kenyataan yang berubah dalam menyatakan perjuangan sebenar parti tersebut.

“Masyarakat harus sedar kenyataan Pas boleh berubah-rubah. Bukan mustahil hari ini mereka bercakap lain dan esok mereka cakap lain.

“Kita jangan terpedaya hingga terikut dan terpujuk ungkapan Pas dalam memperjuangkan nasib orang Melayu.

“Jika benar Pas memperjuangkan nasib orang Melayu, mengapa tidak mereka memperjuangkan hak orang Melayu di Pulau Pinang dan negeri lain,” katanya.

Beliau ditemui selepas menghadiri perjumpaan dengan pemimpin Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung di Politeknik Merlimau, di sini hari ini.

Turut hadir Ketua Menteri, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam dan Speaker DUN Melaka, Datuk Othman Muhamad.

Beliau mengulas kenyataan Nik Abdul Aziz semalam yang mengakui perjuangan terhadap masyarakat Melayu perlu diutamakan memandangkan statusnya sebagai bangsa pribumi di negara ini.

Mengulas lanjut, Shafie yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah berkata, Pas akan menggunakan isu agama dan bangsa Melayu untuk meraih simpati pengundi di kedua-dua tempat tersebut menjelang pilihan raya kecil 6 Mac ini.

“Perjuangan BN sebenarnya lebih konsisten kerana kita memperjuangkan nasib bukan sahaja orang Melayu tetapi juga Cina, India dan semua bangsa yang terdapat di negara ini termasuk di Sabah dan Sarawak,” katanya.

Naib Ketua UMNO Bahagian Alor Setar, Datuk Mohd. Yusof Ismail berkata, Nik Abdul Aziz perlu berhenti menjadikan kaum Melayu sebagai umpan politik terbarunya.

Menurutnya, perjuangan yang disuarakan oleh Nik Abdul Aziz itu hanya bagi meraih kepentingan politik selain melaksanakan agenda DAP.

“Agenda memperjuangkan hak Melayu wujud kerana Nik Abdul Aziz hanya mahu menang dalam pilihan raya bukan demi kepentingan kaum Melayu yang beragama Islam,” katanya.

Beliau berkata, Nik Abdul Aziz perlu kembali kepada ajaran Al-Quran atau berhenti daripada berpolitik kerana tindakannya itu hanya akan menyesatkan umat Islam.

Jelasnya, perjuangan membela hak Melayu telah lama dilakukan UMNO sehingga dunia mengiktirafnya hari ini.

“Oleh itu Nik Abdul Aziz tidak perlu berpura-pura dengan mahu mengambil hati orang Melayu demi kepentingan rakannya iaitu DAP,” ujarnya.

Terkini: PKR di Merlimau, PAS di Kerdau !

Masih berpeluang di Merlimau
Wah, ini satu berita baik buat si Sam Ketot. Masih terbuka la peluang untuk dia jadi ADUN di Merlimau nanti.

Semalam dengar cerita dari kawan - kawan kata PAS tak jadi nak bertanding di Pilihanraya Kecil DUN Merlimau.

Semuanya gara - gara pihak SPR yang buat pengumuman kata Pilihanraya Kecil DUN Kerdau diadakan serentak dengan Merlimau.

Mungkin sebab PAS tak nak Tuan Ibrahim Tuan Man dapat Migrain, maka langkah tersebut dirasakan sangat sesuai untuk diambil.

Kesian jugak kat dia. Kelam kabut jadinya. Tapi masih lagi sempat menipu rakyat kata diorang sentiasa bersiap sedia menghadapi Pilihanraya bila - bila masa.

Lepas tu sempat lagi tabur fitnah kata PRK serentak sebab takut diasak puak - puak Pakatan Pembangkang.

Tak habis - habis menipu rakyat. Sudah - sudah la. Semua orang dah tau korang tu penipu, pembohong. Tak payah la nak cakap banyak.

- Pahangku

Satu lagi usaha DAP membuli PAS ! 80% Cina sokong PAS di Merlimau ?

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac nanti bakal menjadi satu lagi pembaziran bagi pihak PAS.

Merlimau sebuah pekan kecil yang sedang membangun di dalam daerah Jasin dan terletak di tengah- tengah antara bandar Melaka serta Muar. Di sini juga wujudnya sebuah politeknik di depan Masjid Asy-Syuja'ah, balai bomba, hospital, balai polis, dua buah sekolah menengah, sebuah kawasan perindustrian yang menempatkan beberapa buah kilang dan sebuah projek bandar baru Merlimau yang semakin rancak pembinaannya.

Dun Merlimau (N27) diwujudkan pada tahun 1994 di mana sebelum itu merupakan sebahagian daripada Dun Sungai Rambai. Dun ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu di bahagian pantai meliputi pekan Merlimau yang mempunyai empat daerah mengundi Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Manakala, di bahagian darat mempunyai tiga daerah mengundi iaitu Chinchin, Ayer Merbau serta Jasin Lalang dan secara umumnya Merlimau adalah sebuah perkampungan tradisional Melayu yang bercampur dengan pekan kecil dan ladang. Kaum Melayu tinggal di kampung, Cina di pekan dan India di Ladang, hasil peninggalan polisi penjajah British iaitu pecah dan perintah.

Pilihan Raya Umum (PRU) pertamanya ialah pada tahun 1995 di antara calon Semangat 46 dan Umno. Pada PRU 1999, Mejar (B) Jasme Tompang (PAS) memperolehi 2,012 undi tewas dengan majoriti 2,252 kepada Dato' Nadzri Azim (BN) yang mendapat 4,264.

Pada 2004 menyaksikan calon BN, Dato' Mohamad Hidhir Abu Hassan menang dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 5,087 undi apabila memperolehi 6,332 undi menggalahkan calon KeADILan, S.Jayathas yang mendapat 1,245 undi.

BN mengalami kejutan apabila majoriti mereka merosot kepada 2,154 pada tahun 2008 di mana Dato' Mohamad Hidhir cuma mendapat 4,981 undi manakala calon PAS yang kembali bertanding Mejar Jasme mendapat 2,827 undi.

Dalam PRU 2008, seramai 10,471 orang pengundi berdaftar layak mengundi di Dun Merlimau dan daripada jumlah itu, Melayu sebanyak 64.69%, 21.11% Cina, 14.16% India serta 0.04% pengundi lain-lain kaum.

PAS Melaka meletakkan angan-angan besar untuk memenangi DUN Merlimau pada PRK ini kerana ianya antara DUN sasaran yang berpotensi ditawan dalam PRU ke 13 berdasarkan kelebihan beberapa aspek yang di ambil kira termasuklah faktor peratusan pengundi bukan Melayu yang agak tinggi.


Satu isu yang cuba dimainkan di PRK kali ini, kononnya DAP Melaka pernah membawa usul membantah dan mempertahankan surau serta bangunan Pasti Bukit Katil agar tidak dirobohkan bagi pembinaan jalan raya namun tidak terdaya. Oleh yang demikian, mereka berhujah bahawa perlunya PAS didalam Sidang DUN Melaka. Persoalannya apakah PAS di Pulau Pinang dan Selangor terdaya memperjuangkan isu-isu umat islam didalam kerajaan PR sendiri ? Bukankah mereka hanya di perkotak-katik oleh DAP di kedua-dua buah negeri ini.

DAP sejak awal-awal lagi telah mengarahkan ahli dan penyokongnya memberikan sokongan padu kepada calon PAS pada PRK ini serta telah mengerakkan jenteranya bersama dengan petugas PAS tempatan bagi memenangi sokongan khususnya pengundi Cina.

Sekiranya sokongan bukan Islam dapat ditingkatkan sehingga melebihi 80% dan juga sokongan orang Melayu juga bertambah beberapa peratus lagi maka tidak mustahil PAS akan mampu menang pada PRK ini.

Terkini: 40 cubaan lari Anuwar Ibrahim


Adakah semua kerana wang ? Mustahil !!!

1. Bekas Timbalan Presiden, Dr. Chandra Muzaffar,
2. Bekas Ketua Angkatan Muda, Ezam Mohd. Noor,
3. Ketua Penerangan, Ruslan Kassim
4. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Zainur Zakaria
5. Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Datuk S. Nallakarupan.
6. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan seperti bekas Naib Presiden, Marina Yusuff
7. Pimpinan awal ketika PKR mula ditubuhkan Bekas Setiausaha Agung, Mohd. Annuar Tahir
8. Bekas Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari
9. Bekas Setiausaha Angkatan Muda Keadilan iaitu Lokman Noor Adam
10. Bekas Naib Ketua Pemuda Keadilan, Muhammad Zahid Md. Arip
11. Bekas Timbalan Pengarah Pilihan Raya Keadilan, Hamdan Taha.
12. Bekas Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Salehuddin Hashim
13. Setiausaha Pergerakan Pemuda PKR Sabah, Faizal Julaili
14. Setiausaha PKR bahagian Papar, Awang Mumin Awang Marali
15. Bekas Bendahari Agung, Abdul Rahman Osman
16. Bekas naib presiden PKR, Saidatul Badru Tun Said Keruak
17. Naib Presiden, Jeffrey Kitingan,
18. Datuk ZAID IBRAHIM
19. Ketua Angkatan Muda (AMK) Kuala Selangor , Nazaruddin Darmawan
20. Ketua Wanita Kuala Selangor, Fauziah Sulaiman
21. Bekas calon PKR teluk kemang/ antara pengasas PKR Abdul Manap Shahardin
22. Bendahari Parti Keadilan Rakyat (PKR) Hulu Selangor Datuk Dr Halili Rahmat
23. Ketua PKR Tanjung Malim / Ketua Penerangan PKR Perak Soraya Sulaiman
24. Timbalan Ketua PKR Bagan Serai Roshanita Mohd Basir
25. Ketua Wanita PKR Pulau Pinang, Aminah Abdullah
26. Terkini 2011 ramai ketua2 dan ajk2 cabang PKR di Sabah

Kerusi Parlimen

27. Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed
28. Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng
29. Ahli Parlimen Bagan Serai Mohsin Shamsuri
30. Ahli Parlimen Kulim Baru Zulkifli Nordin


Kerusi DUN

31. Adun Behrang, Jamaluddin Mohd Radzi
32. Adun Changkat Jering, Kapten (B) Mohd. Osman Jailu
33. Adun Ngemah, Gabriel Adit Demong
34. Adun Lunas, Md Radzi Salleh
35. Adun Pelabuhan Klang, Badrul Hisham Abdullah
36. ADUN Bukit Selambau, V. Arumugam
37. Bekas Timbalan Ketua menteri Pulau Pinang , Fairus Khairuddin

PEGUAM ANWAR TARIK DIRI / MENINGGALKAN ANWAR

Tiga peguam terkemuka beragama Islam yang menarik diri atau telah meninggalkan Anwar Ibrahim dari membela kes liwatnya sama ada Sodomi 1 atau Sodomi 2 ialah:-

38. Hj Zainur Zakaria
39. Hj Sulaiman Abdullah
40. Raja Aziz Addruse

Apakah yang kita boleh terjemahkan bersabit penarikan diri peguam2 Islam tersohor di Malaysia ini?

Pembangkang diingatkan tidak bawa budaya samseng ke Merlimau

Jentera dan petugas pembangkang daripada luar Melaka khususnya yang bukan daripada Merlimau diingatkan agar menjaga tatasusila dan berkempen secara berhemah sepanjang kempen pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau nanti.

Ketua Pemuda Melaka, Karim Yaakob berkata ingatan itu bagi mengelakkan peristiwa serta kejadian yang tidak diingini berlaku agar proses demokrasi berjalan lancar selain memastikan pengundi dapat menunaikan tanggungjawab mereka dengan baik.

Menurut beliau pengalaman di dalam beberapa pilihan raya kecil sebelum ini menyaksikan beberapa kejadian serta kekecohan yang menyebabkan pengundi takut yang dikhuatiri boleh mencetuskan suasana yang tidak sihat kepada proses demokrasi.

“Baru-baru ini telah berlaku satu kejadian yang tidak diingini di mana petugas BN telah dipukul dan inilah yang kita tidak mahu. Sebab itu kita ingin ingatkan kepada mana-mana pihak daripada luar agar tidak membawa budaya samseng untuk berkempen di sini. Saya tidak mahu buat tuduhan kepada mana-mana pihak tetapi sekadar peringatan.

“Kalau nak berkempen buatlah secara sihat dan jangan nak tunjuk kekuatan secara melulu kerana penduduk khususnya pengundi di Merlimau menolak budaya sedemikian rupa. Begitu juga dengan kempen ala fitnah dan tohmahan liar. Orang Merlimau tidak mahu budaya seperti ini,” katanya.

Baru-baru ini, belum pun bermula tempoh berkempen di Merlimau, telah berlaku satu insiden kekecohan apabila jentera BN dipukul oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.

Karim yang juga Ketua Pemuda Bukit Katil turut mengingatkan jentera Pemuda Barisan Nasional (BN) dengan perkara yang sama dan mereka disaran memberi tumpuan terhadap gerak kerja parti selain meyakinkan pengundi muda .

“Jumlah pengundi muda di Merlimau sekitar seribu lebih dan kita akan pastikan pengundi muda ini keluar mengundi dan yang paling penting mereka keluar dengan mengundi kita. Itu adalah antara sasaran utama kita,” katanya. -MediaUMNO

Undi simpati akan menangkan PAS di Merlimau.

Kenyataan Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar bahawa Pilihan Raya Kecil (PRK) DUN Merlimau, 6 Mac ini sebagai medan latihan hanyalah alasan Pas untuk menutup kelemahan kerana mereka menyedari sukar untuk menang.

Ketua Penerangan UMNO Melaka, Datuk Idris Haron menyifatkan kenyataan Mahfuz itu adalah kenyataan `mereka yang kalah’ sebelum perang dan mencari pelbagai alasan bagi menutup kelemahan mereka.

“Mana ada orang masuk pilihan raya untuk berlatih, pilihan raya ni bukannya suatu perkara main-main, pilihan raya adalah untuk memilih wakil yang akan memperjuangkan nasib rakyat di sesuatu kawasan.

“Sebenarnya, Pas sudah menyedari bahawa mereka akan kalah di Merlimau, untuk menutup malu mereka buat alasan sebegitu, kemudian cakap tujuan bertanding hanyalah untuk mengurangkan majoriti barisan Nasional (BN).

“Apa yang dinyatakan itu sebenarnya sudah sering kita dengar, ketika di Tenang dahulu pun mereka cakap benda yang sama, bertanding di Tenang untuk kurangkan majoriti BN,” katanya kepada UMNO-Online.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Mahfuz bahawa Pas menjadikan PRK DUN Merlimau sebagai medan latihan bagi menghadapi pilihan raya umum akan datang.

Idris berkata, Pas perlu menerima kenyaan bahawa rakyat sudah hilang kepercayaan terhadap mereka dan pakatan pembangkang berikutan kegagalan mereka melaksanakan pelbagai janji ketika pilihan raya 2008.

“Rakyat sudah sedar, mereka tidak mahu membuat kesilapan seperti apa yang berlaku pada pilihan raya 2008, mereka percaya hanya BN sahaja yang mampu memperjuangkan nasib rakyat berbanding dengan pakatan pembangkang yang hanya pandai menabur janji tetapi tidak mampu melaksanakannya.

“Selepas ini kita akan menghadapi satu lagi pilihan raya kecil di Kerdau, Pahang, tak tahu apa alasan yang bakal diberi oleh Pas nanti,” katanya.

Idrisberkata, kenyataan Mahfuz itu sebenarnya mempunyai maksud yang tersirat iaitu cuba mendapat undi simpati dari pengundi Merlimau,

“Dengan kenyataan yang dibuat itu, pengundi di Merlimau akan bersimpati dan mengundi mereka masa hari mengundi nanti. Itu semua adalah helah mereka untuk mendapatkan undi.

“Saya nasihatkan kepada pengundi supaya tidak terpedaya dengan apa yang dinyatakan itu dan perlu membuktikan bahawa rakyat Merlimau sememangnya menolak Pas dan pembangkang bukan sahaja di Merlimau tetapi di negara ini,” katanya. -MediaUMNO

Tak sabar tunggu Rabu minggu depan

Barisan Nasional (BN) akan mengumumkan nama calonnya yang akan bertanding pada pilihan raya kecil kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka kawasan Merlimau, pada 23 Feb ini.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam telah menyerahkan senarai nama calon tersebut kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk dipertimbangkan.

“Kita sedang memeriksa latar belakang semua nama-nama yang kemukakan, banyak yang layak, orang di sini, yang memang telah dicadangkan di peringkat bahagian Jasin,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mendengar taklimat dan perjumpaan dengan jentera BN pada pilihan raya kecil DUN Merlimau di Merlimau di sini, hari ini.

Mohd Ali sebelum ini menyatakan sebanyak tujuh nama disenaraikan untuk dipertimbangkan oleh Najib yang juga Pengerusi BN untuk dipilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu.

Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya daripada BN Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac jika ada pertandingan.

Muhyiddin yang juga Timbalan Presiden UMNO berkata beliau dimaklumkan jentera BN sudah bersiap sedia untuk melaksanakan tugas secara berfokus dan terancang dengan harapan untuk meraih sokongan yang lebih besar daripada pengundi.

“Saya beritahu mereka dalam mana-mana pilihan raya termasuk pilihan raya kecil ini pengundi adalah raja, mereka penentu bagi kita, sepatutnya kita membentuk satu hubungan yang rapat dengan pengundi bukan setakat menemui mereka tetapi mendengar perkara yang mereka mahukan kita dengar,” katanya.

Ditanya kemungkinan pembangkang akan memainkan semangat perubahan di Mesir pada pilihan raya kecil DUN Merlimau, Muhyiddin berkata rakyat tahu apa yang kita amalkan di Malaysia dan apa yang telah kita usahakan selama ini tidak boleh bandingkan dengan apa yang berlaku di Mesir.

“Senario di sana berbeza, sistem kerajaannya tidak serupa dan mungkin masalah yang timbul hingga menyebabkan dikatakan revolusi kerana rakyat tidak puashati, tidak ada perhatian soal nasib mereka.

“Di Malaysia sejak awal hingga sekarang tumpuan kita tidak ada yang lain ialah soal kebajikan rakyat, walaupun ada masalah dan cabaran bukan mudah tetapi kita akui yang ia menjadi perhatian, di bawah kepimpinan Perdana Menteri sekarang ini rakyat didahulukan,” katanya.

Beliau berkata di Malaysia rakyat sudah terdidik dengan sistem demokrasi di mana rakyat boleh bersuara melalui pelbagai saluran.

Putar belit isu agama tak laku di Merlimau


“Saya ingat kalau mereka cuba serang peribadi, main isu agama dan perkauman di sini tak boleh jalan….tak laku. “Pembangkang buat perkara ini sebab mereka tiada modal..itu saja senjata mereka, kalau mereka guna cara ini saya yakin akan memakan diri”

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam percaya taktik serangan peribadi, putar belit agama dan sentimen perkauman yang berulangkali dimainkan pembangkang pada setiap pilihanraya kecil akan sekali lagi ditolak pengundi di Merlimau.

“Saya ingat kalau mereka cuba serang peribadi, main isu agama dan perkauman di sini tak boleh jalan….tak laku.

“Pembangkang buat perkara ini sebab mereka tiada modal..itu saja senjata mereka, kalau mereka guna cara ini saya yakin akan memakan diri”, katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi pengundi di negeri ini khususnya di Merlimau lebih mengutamakan kesejahteraan dan pembangunan yang boleh memberikan mereka lebih manfaat.

“Menerusi tinjauan yang telah kita lakukan pengundi di sini tidak berdepan dengan banyak masalah hanya mereka bangkitkan soal prasarana yang boleh kita selesaikan seperti kawasan perumahan, infrastruktur seperti jalan, perparitan dan sebagainya.

“Menerusi tinjauan yang telah kita lakukan pengundi di sini tidak berdepan dengan banyak masalah hanya mereka bangkitkan soal prasarana yang boleh kita selesaikan seperti kawasan perumahan, infrastruktur seperti jalan, perparitan dan sebagainya.

“Apa yang mereka minta telah dan sedang kita selesaikan jadi saya rasa tidak ada masalah besar yang tidak boleh kita selesaikan. Kalau pembangkang nak ungkit perkara itu dan jadikan isu… kita takde masalah berdepan dengan mereka”, ujarnya.

Mengenai tindakan pembangkang yang akhirnya meletakkan calon Pas bagi bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Merlimau pada 6 Mac ini, beliau berkata pakatan pembangkang sebenarnya saling bertikaman antara sesama sendiri.

Kata beliau lagi tindakan Pas yang mahu mengekalkan status quo telah menyebabkan perasaan kurang senang DAP yang mahukan pembangkang meletakkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Sebab itu siang-siang lagi DAP, Lim Guan Eng kata pembangkang akan kalah. Ini satu sabotaj secara halus DAP kepada Pas. DAP mahu PKR tapi Pas mahu kekalkan kawasan sedangkan kalau kita lihat pembangkang silih berganti letak calon mereka di sini.

“Kalau ikutkan sepatutnya memang calon PKR…ini yang buat DAP dan PKR kurang senang dan kita tak hairan kalau DAP dan PKR akan sabotaj. Tapi ini cerita rumah tangga pembangkang… biarkan saja mereka sebab bagi kita, kita mahu fokus menangkan calon kita”, katanya.

Mengenai persediaan jentera Barisan Nasional (BN) pula beliau berkata setakat ini beliau cukup berpuas hati dengan persiapan jentera.

“Proses berkempen belum lagi bermula tapi persediaan kita cukup lancar dan sebaik saja selesai proses penamaan calon saya yakin jentera kita sudah cukup bersedia untuk berperang habis-habisan.

“Berdasarkan persedian dan momentum jentera parti kita yakin BN mampu mempertahankan kawasan ini dengan majoriti yang lebih baik berbanding pilihanraya umum lalu”, ujarnya.

-MediaUMNO

BN dapat sambutan hebat di Merlimau

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin mengadakan “walkabout” sekitar pekan lama Merlimau sempena lawatan beliau ke Dewan Undangan Negeri (DUN) berkenaan hari ini.

Para peniaga serta penduduk sekitar tidak melepaskan peluang bersalaman dan beramah mesra dengan pemimpin negara yang turun padang ke pekan terbabit walaupun sibuk dengan tugas hakiki sebagai orang nombor dua negara.

Beliau meluangkan masa kira-kira hampir sejam beramah mesra dengan peniaga sekitar pekan berkenaan selain sempat menunjukkan bakat sebagai penjual sate di pekan tersebut.

Muhyiddin turut meluangkan masa minum dan makan kuih-muih bersama penduduk dan orang ramai yang menunggu ketibaan beliau dan kesempatan tersebut digunakan sepenuhnya untuk mengenali dengan lebih dekat pemimpin nombor dua negara.

Terdahulu sebelum itu, berucap pada majlis pecah tanah Sekolah Rendah Jenis Kebangsaan (SRJK) Tamil Merlimau, Muhyiddin berkata kerajaan akan terus memberi keutamaan kepada usaha membangunkan bidang pendidikan kepada semua pihak dalam negara tanpa mengira sekiranya seseorang itu dari kaum minoriti sekalipun.

Menurut beliau matlamat kerajaan adalah untuk melihat semua rakyat mendapat pendidikan yang sempurna dan mencapai kejayaan yang cemerlang.

“Komitmen kerajaan Barisan Nasional (BN) adalah total, tidak pernah mengenepikan sekolah jenis kebangsaan komitmen kita dalam memajukan bidang pendidikan tidak pernah berubah sejak negara mencapai kemerdekaan.

“Saya menerima permohonan setiap hari untuk menambah bilik-bilik darjah,” katanya dengan menambah kerajaan sentiasa bersedia memberi peruntukan untuk membangunkan keperluan pendidikan kepada rakyat.

Beliau berkata kerajaan tidak pernah menghampakan permohonan rakyat yang mahukan pendidikan yang terbaik walaupun mereka terdiri daripada kaum minoriti.

“Kalau di sesetengah negara, minoriti itu maknanya (keperluan mereka) diambil kira kemudian (tetapi) tidak di Malaysia, selagi dia rakyat Malaysia, dia taat setia kepada negara ini, dia mendapat layanan yang adil dan saksama, dia berhak mendapat apa saja sokongan dan keperluan untuk dibantu oleh kerajaan,” katanya.

Bangunan empat tingkat SJKT Merlimau itu akan dibangunkan di tapak seluas dua hektar dengan kos kira-kira RM4 juta.

Turut hadir majlis hari ini ialah Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam, Presiden MIC Datuk G.Palanivel dan Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

-MediaUMNO

Hilangkan wang pertaruhan PAS di Merlimau.

Pengundi DUN Merlimau perlu membuktikan bahawa pakatan pembangkang terutamanya Pas tidak mempunyai tempat walaupun mereka mendakwa kawasan berkenaan adalah kubu kuat mereka di negeri Melaka pada pilihan raya kecil (PRK) yang bakal diadakan, 6 Mac nanti .

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata seperti biasa setiap kali PRK diadakan, pakatan pembangkang akan membuat pelbagai kenyataan bahawa mereka mempunyai pengaruh dan sokongan di kawasan yang ditandingi walaupun menyedari akan kalah.

“Sebenarnya pakatan pembangkang menyedari mereka akan kalah di Merlimau, tetapi untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai sokongan, mereka tetap meletakkan calon dalam setiap kali PRK yang diadakan.

“Jadikan DUN Merlimau sebagai tempat untuk membuktikan bahawa rakyat menolak pembangkang, perkara ini perlu dibuktikan bukan sahaja dengan mengalahkan mereka dengan majoriti lebih besar malah kita perlu menewaskan sehingga hilang wang pertaruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan taklimat kepada jentera Jalinan Rakyat, PRK Dun Merlimau.

Menurutnya perkara itu, bukan perkara mustahil dan mampu dilakukan kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai apa-apa isu untuk diperjuangkan selain menabur fitnah atau dakyah yang mengelirukan rakyat dalam usaha mereka untuk mendapat sokongan.
“Perjuangan pembangkang kini sudah hampir ke penghujung, perkara ini sudah terbukti bahawa sokongan pembangkang semakin merosot melalui beberapa pilihan raya yang berlaku sebelum ini.

“Bukan sahaja mereka kalah, undi yang diperolehi semakin berkurangan dan di Merlimau pembangkang akana terus menderita kerana mereka akan hilang wang pertaruhan,” katanya.

Hamidah berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil jika petugas Barisan Nasional (BN) di PRK Merlimau bekerja keras memberi penerangan untuk menangkis segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang kepada kerajaan.

“Apa lagi yang hendak diperjuangkang di Melaka, Melaka sudah diisytiharkan sebagai negara maju, mereka dah tak ada modal, mereka bertanding ini sekadar untuk menunjukkan ego bahawa mereka masih ada sokongan,” katanya.  

- MediaUMNO

Tidak terpilih: Jangan 'cah keting' atau mensabotaj parti !!!

Jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dinasihatkan supaya tidak terlampau yakin dengan kemenangan dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau nanti kerana sikap itu boleh menjejaskan kualiti kerja mereka.

Ketua Penerangan Umno Datuk Ahmad Maslan berkata walaupun DUN Merlimau merupakan kubu kuat BN, anggota jentera BN tidak harus memandang rendah terhadap strategi yang akan dilancarkan pembangkang dan perlu bekerja keras untuk mematahkan strategi yang diatur mereka.

"Kalau pembangkang ada 10 strategi, kita mesti ada 20 strategi yang lebih kuat (bagi memenangi pilihan raya kecil ini)," katanya kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN bagi peti undi kawasan Merlimau Utara di Taman Harmoni, Merlimau di sini.

Ahmad yang juga Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri berkata setiap anggota jentera BN perlu mempunyai keyakinan untuk memenangi pilihan raya kecil ini tetapi sekiranya anggota itu terlampau yakin ia boleh menjejaskan kualiti dan kuantiti kerja mereka.

Beliau turut menasihatkan mereka yang tidak terpilih sebagai calon BN pada pilihan raya kecil itu serta penyokong mereka supaya tidak berkecil hati dan terus bekerja untuk memastikan kemenangan BN. Katanya mereka ini juga dinasihatkan supaya tidak melakukan 'cah keting' atau mensabotaj parti sekiranya individu pilihan mereka tidak terpilih.

Ahmad berkata mengikut laporan awal serta lawatan beliau di kawasan DUN Merlimau, semuanya berjalan lancar dan pada kali ini jentera BN menggunakan formula diberi nama 'Matjenpecal'.

Katanya formula itu membawa maksud matlamat BN untuk menang majoriti lebih besar, jentera yang kukuh dan bersepadu, perpaduan berdasarkan gagasan 1Malaysia dan calon terbaik yang boleh membawakan kemenangan serta disukai oleh pengundi di kawasan itu.

Kerusi DUN Merlimau kosong selepas penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, dari BN meninggal dunia pada 20 Jan lepas akibat serangan jantung.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Feb ini sebagai tarikh penamaan calon manakala pengundian pada 6 Mac ini jika ada pertandingan.

Pada pilihan raya 2008 lalu, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

- BERNAMA

Kenapa Ketua Wanita UMNO Melaka naik angin ?

“Barisan Nasional (BN) dan UMNO bukanlah seperti pembangkang menjadi parti milik keluarga seperti yang berlaku kepada PKR dan DAP meletakkan anak beranak menjadi wakil rakyat, PKR lagi teruk bukan setakat anak beranak, malah suami isteri pun pegang jawatan tertinggi parti."

Cabaran Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin supaya isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor bertanding pada pilihan raya kecil DUN Merlimau membuktikan bahawa dia sudah kekeringan idea dan cuba mendapat publisti murahan.

Ketua Wanita UMNO Melaka, Datuk Rabiyah Ali menyifatkan cabaran Zuraida itu sebagai tidak masuk akal dan menganggap apa yang dilakukan itu adalah cubaan untuk mempromosikan diri dengan membangkit isu remeh.

“Saya rasa Zuraida ini dah tak ada apa nak buat atau dah lama tak dapat publisti, sebab itu dia cabar Datin Seri Rosmah jadi calon di Merlimau, melalui cara itu bolehlah dia dapat perhatian, dengan cara itu dapatlah orang mengenalinya kalau tidak tidak siapa yang tahu siapa dia.

“Kalau nak buat sesuatu, fikirlah terlebih dahulu, sebenarnya Zuraida itu tidak apa yang nak dikatakan, nak cerita mengenai partinya, takut nanti tak dapat nak jawab kerana PKR sekarang sedang menghadapi pelbagai masalah,” katanya kepada UMNO-online.

Beliau berkata demikian ketika diminta merngulas kenyataan Zuraida yang mencabar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak supaya meletakkan isterinya bertanding pada PRK DUN Merlimau pada 6 Mac ini.

Dalam kenyataan itu, Zuraida melahirkan rasa kesal terhadap Rosmah yang dikatakan cuba mengambil peranan dan tugas menteri kabinet.

Rabiyah menyatakan apa yang disuarakan oleh Zuraida itu membuktikan bahawa beliau sebenarnya tidak tahu tugas dan tanggungjawab sebagai seorang isteri Perdana Menteri yang perlu turut bersama membantu suaminya sebagai pemimpin Negara.

“Barisan Nasional (BN) dan UMNO bukanlah seperti pembangkang menjadi parti milik keluarga seperti yang berlaku kepada PKR dan DAP meletakkan anak beranak menjadi wakil rakyat, PKR lagi teruk bukan setakat anak beranak, malah suami isteri pun pegang jawatan tertinggi parti."

“Saya menasihatkan Zuraida supaya tidak perlu membuat isu yang remeh temeh, seharusnya dia perlu menumpu kepada parti dan jawatan yang disandang menyelesaikan masalah yang tak pernah selesai dalam partinya,” katanya.

Menurutnya, apa yang dilakukan oleh Zuraida itu sebagai seorang tidak pandai berpolitik dan cuba menggunakan isu remeh temeh hanya untuk mendapatkan perhatian atau mengalih perhatian berikutan pelbagai masalah yang dihadapi oleh PKR sejak mula ditubuhkan sehingga sekarang. -MediaUMNO.

Hanya gerai Melayu dirobohkan.. gerai cina tak terlibat ???

Seperti yang gua janjikan tengah hari tadi, sekarang ni gua dah uploadkan gambar serta video perobohan gerai-gerai melayu di Taman Pelangi, Penang oleh Regim DAP pimpinan Lim Guan Eng...

Korang semua jangan pulak salahkan para penguatkuasa MPSP ni bai.. Dorang ni semua hanya menjalankan arahan dari pihak atasan jee...

Yang patut disalahkan ialah Guan Eng dan juga kerajaan negeri DAP sebab mengeluarkan arahan merobohkan gerai peniaga-peniaga disini...

Notis untuk kosongkan premis dalam tempoh 30 hari dorang dah bagi pada peniaga seminggu sebelum ni.., tapi baru 7 hari, terus dorang kasi pecah laaa..... 

Peniaga-peniaga melayu kat situ mintak supaya peralatan gerai dorang tak dirampas.., bukan sikit bai kos nak beli semua tu. Tapi para penguatkuasa kata, dorang diarahkan supaya rampas jugak... 

Yang ni barulah dikategorikan sebagai zalim.. Guan Eng selalu kata kerajaan Najib zalim kepada rakyat.., sekarang ni siapa yang zalim sebenarnya..?

Haaa..., yang ni pulak adalah barisan kedai-kedai kaum DAP. Tak pulak kena roboh sedangkan dorang ni pun langgar undang-undang jugak. 

Ini bukti jelas yang Regim DAP amat rasis dan juga bersikap pilih kasih. Melayu meniaga tak dibenarkan tapi kaum dorang dibiarkan... Apa kejadahnya semua ni ?

Korang nampak tak kaum DAP buat bangunan kekal di tapak parking kat taman tu? Gua dikhabarkan, dah ada proses kawtim diantara puak-puak dorang semua ni... Niamakahai betul!

Gua ada tanya sorang pegawai MPSP tu kenapa kedai semua ni tak dirobohkan jugak... Dia kata, arahan yang dorang terima tak termasuk untuk kedai-kedai puak DAP ni... So.., gua syak sudah ada babi sedang menyorok disebalik batu laaa....

Maka terselamatlah kedai-kedai kaum DAP ni semua. Pandai pulak dorang tutup kedai masa MPSP buat operasi... Nak cover line lah tuu...

Jadi, korang nilaikanlah sendiri kekejaman Regim DAP yang berkuasa di Penang nih. Jangan korang ingat Israel je yang buat onar di bumi Palestin bai..., kat Malaysia pun ada geng Israel jugak tau..

Kat bawah ni ada video pasal kezaliman Regim Guan Eng di Taman Pelangi pagi tadi. Semua yang diinterview tu adalah orang yang menyokong Pakatan pada PRU12 dulu. So, sekarang ni dorang rasa sendiri macam mana puak Pakatan ni kalau diberi kuasa.

Dorang sendiri mengaku yang sebelum ni BN tak pernah kacau dorang berniaga, ada yang dah berniaga kat situ selama 18 tahun. Tapi bila Pakatan ambik alih, semua hancur baii...

Apo nak dikatoo... Nasik bukan lagi jadi bubur, tapi sekarang nasik sudah basi laaa... Layannnnn...

- MPP

PAS dijangka bertindak luar biasa di Merlimau

“Kita tahu pembangkang terutama Pas tidak akan biarkan kita mendapat laluan mudah. Kita dapat jangkakan mereka akan bertindak luar biasa dan pasti akan cuba sedaya upaya memastikan kemenangan berpihak kepada mereka”

Ketua Penerangan UMNO, Datuk Ahmad Maslan berkata formula MatJenPeCal akan sekali lagi menjadi asas bagi memastikan kemenangan besar Barisan Nasional (BN) pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac nanti.

Jelasnya formula tersebut meletakkan Matlamat untuk menang besar, Jentera yang kukuh dan bersepadu, Perpaduan menerusi Gagasan 1Malaysia dan Calon yang ditampilkan adalah yang calon yang terbaik dan diterima pengundi.

Menurut beliau BN sekarang berada dalam momentum yang terbaik setelah memenangi beberapa pilihanraya kecil lalu bermula di Hulu Selangor, Galas, Batu Sapi hingga yang terbaru di Tenang, Johor.

“Kejayaan BN ini mesti diteruskan di Merlimau menerusi asas formula MatJenPecal. Merlimau terletak di sebuah negeri yang sudah mencapai status negeri maju maka pilihanraya kecil ini satu ujian buat BN.

“Jentera BN janganlah selesa sebab kalau kita ada strategi tentu saja pembangkang ada strategi juga nak lawan BN dan nak tebus malu kalah dalam pilihanraya kecil sebelum ini”, katanya ketika mengadakan pertemuan dengan jentera BN di sini, hari ini.

Malah beliau turut mengingatkan jentera BN sentiasa bersiap sedia dengan serangan jentera pihak lawan yang sudah tentu akan melancarkan tindakan luar biasa bagi menebus kekalahan berterusan mereka pada pilihanraya kecil lalu.

“Kita tahu pembangkang terutama Pas tidak akan biarkan kita mendapat laluan mudah. Kita dapat jangkakan mereka akan bertindak luar biasa dan pasti akan cuba sedaya upaya memastikan kemenangan berpihak kepada mereka”, ujarnya.

Mengenai fatwa-fatwa karut dan mengelirukan pengundi seperti mana kenyataan Mursyidul Amnya, Datuk Nik Aziz Nik Mat pada pilihanraya kecil DUN Tenang lalu, beliau berkata, ”Kita lupakan saja Nik Aziz dengan alamnya tanpa perlu kita letih fikirkan kenyataan-kenyataannya”.

Pilihan raya kecil DUN Merlimau diadakan berikutan kematian Datuk Mohamad Hidhir Abu Hasan pada 20 Januari lalu. Ia pilihan raya kecil ke-15 sejak Mac 2008.

Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir yang juga Exco kerajaan negeri menewaskan calon Pas, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Proses penamaan calon pilihan raya kecil DUN Merlimau ditetapkan 26 Februari ini, manakala 6 Mac sebagai tarikh pengundian. DUN Merlimau mempunyai 10,679 pemilih berdaftar.

-MediaUMNO

Barisan Nasional mula hadapi situasi amat membimbangkan di Merlimau

Badan Perhubungan UMNO Melaka melancarkan gerakan mengesan kira-kira 1,594 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berusia 21 tahun ke atas berdaftar sebagai pemilih tetapi gagal dikesan kediaman mereka.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, angka yang diperoleh daripada Bancian Kaji Sikap yang dijalankan oleh Wanita Perhubungan UMNO negeri dan parti komponen Barisan Nasional (BN) dianggap serius.

Menurutnya, bancian yang dibuat mendapati 1,594 telah mendaftar sebagai pengundi di DUN Merlimau tetapi apabila pergi ke alamat rumah terbabit mendapati mereka tidak menetap di situ.

”Situasi ini amat membimbangkan kerana kita tidak tahu status mereka ini mendaftarkan diri sebagai pengundi tetapi mereka tidak menetap di alamat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

”Bagi saya jumlah itu sangat serius kerana dalam sistem demokrasi, setiap undi adalah penentu kejayaan sebuah parti pada setiap pilihan raya umum atau pilihan raya kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan semua ahli jawatankuasa UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh negeri ini di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau di sini malam tadi.

Sehubungan itu kata Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri, UMNO negeri telah mengarahkan UMNO Bahagian Jasin termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri di peringkat cawangan untuk menjalankan gerakan mengesan mereka.

Katanya, parti komponen BN juga turut diarahkan untuk membantu bagi mengesan mereka yang terbabit.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa puas hati dengan perjalanan jentera pilihan raya parti itu yang telah mula digerakan sebelum penamaan calon pada 26 Februari ini.

Katanya, jentera BN dilihat semakin berkesan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka bagi meraih sokongan rakyat.

”Apa yang lebih menggembirakan ialah kerjasama yang melibatkan semua jentera parti komponen BN bagi memastikan BN menang lagi di Merlimau,” katanya.

Beliau menambah, seluruh Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri akan turun ke Merlimau membantu jentera pilihan raya kecil pada 24 Februari iaitu dua hari sebelum penamaan calon pada 26 Februari ini.

”Kita telah mengagih-agihkan jentera UMNO negeri-negeri di tujuh peti undi pada pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini,” katanya.

- UMNO ONLINE

Anuwar setuju "mengkambing hitamkan" PAS di Merlimau

Kepimpinan Pengkhianat Rakyat (PR) menafikan desas-desus bahawa PAS mempertimbangkan untuk tidak bertanding di kerusi DUN Merlimau, sebaliknya parti yg sentiasa permainkan hukum Islam itu akan menurunkan calonnya pada pilihan raya kecil 6 Mac ini.

Ketua Umumnya (diktator yg tidak dipilih secara demokrasi), ANUwar Ibrahim mengumumkan bahawa PR secara sebulat suara telah bersetuju bahawa PAS harus bertanding pada pilihan raya kecil ke-15 itu.

Sebelum itu, para pemimpin utama PAS menafikan tidak mahu bertanding seperti ura-ura yang banyak diperkatakan sebelum ini. Sebab utama mengapa PAS dan PKR tidak mahu bertanding dan meletak calon masing adalah dipercayai kerana gelombang kemaraan Barisan Nasional terutamanya di Merlimau adalah sangat hebat.

Sebelum ini, selepas pengesahan ADUN Merlimau meninggal dunia, Si Samsul Ketot bersungguh-sungguh untuk menawarkan diri untuk beranding di Merlimau. Namun, apabila mereka mengkaji gelombang rakyat yang sememangnya memihak kepada BN terutamanya selepas kejayaan di Tenang, Johor, Si Shamsul tiba-tiba membuat U-Turn.


Akhirnya seperti biasa PAS akan dikambing hitamkan sekali lagi. PKR seperti biasa akan merampas hak PAS dikerusi-kerusi yang mereka yakin menang sahaja. Rasa penuh simpati kerana sudah banyak kerusi PAS kini dimiliki PKR. Rumusannya... PAS terus menjadi PAK TURUT kepada DAP dan PKR. Kesian...


Kerusi DUN Merlimau kosong berikutan kematian penyandangnya Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, pada 20 Januari lalu.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 26 Februari sebagai tarikh penamaan calon dan sekiranya ada pertandingan, pengundian pada 6 Mac.

Pada pilihan raya umum 2008, Mohamad Hidhir menewaskan calon PAS, Jasme Tompang dengan majoriti 2,154 undi.

Membazir: PAS mungkin tidak bertanding di Merlimau ?

Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Jasmee (bekas calon PAS)
Dalam pilihan raya umum 2008, Major (B) Jasmee Tompang, 63, telah menjadi calonnya. Jasmee merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin. Beliau juga adalah Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Melaka.


Dalam pilihan raya umum 2004, Jasmee bertanding di Parlimen Jasin. Namun, apabila PKR mengatakan mereka mahu meletakkan ketua pemudanya, Syamsul Iskandar Mohd Akin di situ dalam pilihan raya umum 2008 , PAS mengalah.

Namun, apabila Syamsul yang juga Pengerusi PKR Melaka tidak jadi bertanding di situ tetapi bertanding di Parlimen Dungun, Terengganu, PAS Melaka terasa sedikit terkilan.

Ini kerana, PAS memberikan laluan untuk Syamsul, pemimpin kanan PKR tetapi yang bertanding adalah muka baru yang mereka langsung tidak kenali.

Merlimau adalah salah satu dari lima DUN dalam Parlimen Jasin. Kesemuanya dimenangi oleh BN termasuk Parlimennya.

Dalam PRU 2008, PAS bertanding di tiga DUN iaitu Merlimau, Sungai Rambai dan Serkam. PKR bertanding di Parlimen Jasin dan DUN Rim manakala DAP bertanding di DUN Benbam.

Bagi PAS, Merlimau adalah antara lapan DUN terbaiknya di Melaka. DUN ini mempunyai 64 peratus pengundi Melayu, 22 peratus Cina dan 14 peratus India.

Seorang wartawan PAS yang membuat lawatan ke Merlimau melabelkan Merlimau adalah satu kawasan pilihan raya yang terjaga dengan baik dari segi infrastrukturnya. Projek pembangunan berjalan lancar. Manakala untuk orang Melayu, masjid mereka tersergam indah.

Wartawan tersebut membuat persoalannya,  setakat manakah peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. Semua yang ditemuinya berkata, ia agak rendah hatta untuk meningkatkan jumlah undi pun nampak sukar.


Oleh yang demikian PAS ada tiga pilihan untuk pertimbangkan menjelang pilihan raya ini.

Pilihan pertama, sebagaimana status qou 2008, PAS bertanding di sini.

Ia nampaknya pilihan yang sangat dikehendaki oleh PAS Melaka. Mereka mahu berusaha untuk memecahkan telor kerusi mereka dalam DUN Melaka.

Pilihan kedua adalah memberikan kerusi ini ditandingi calon PKR, Syamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi PKR Melaka. Beliau memang pun sangat beriya-iya mahu bertanding di sini. Namun bagi PAS, pilihan ini terlalu negatif bagi mereka. Lihatlah dari perspektif manapun, ia akan membuatkan PAS Melaka marah.

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Katiga-tiga pilihan ini ada buruk dan baiknya. Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkannya.

Namun, pihak yang paling gembira jika pilihan raya ini berlaku adalah pekedai di Medan Ikan Bakar di Umbai Melaka kerana gerai mereka akan sentiasa penuh nanti.

- RM / Harakah.

Hutan paya bakau potensi besar pelancongan di Merlimau



Merlimau adalah sebuah pekan yang terletak di tengah perjalanan antara Bandaraya Melaka dan Bandar Muar, Johor. Jaraknya adalah kira-kira 23 km dari Bandaraya Melaka dan Muar serta 22 km selatan dari bandar Jasin. Dahulu pekan ini adalah simpang empat yang sibuk kerana ia menghubungkan Melaka, Muar, Jasin dan perkampungan Batu Gajah. Semenjak jalan pintas Melaka-Muar dibuka pada sekitar tahun 1970an, pekan ini agak lengang.

Keadaan ini berubah apabila kawasan perumahan , bandar baru serta institusi pendidikan diwujudkan. Contohnya jika dulu terdapat 2 buah sekolah menengah di sepanjang jalan ke Jasin, iaitu Sekolah Datuk Abdul rahman Yaakub (SDARY) dan Sekolah Dang Anum (SDA, kini terdapat juga Politeknik Merlimau dan Kolej Komuniti Jasin. Selain itu, terdapat sebuah Pusat Kokurikulum di bawah pentadbiran Jabatan Pelajaran Melaka yang beroperasi di Kampung Lanchang (8 km dari Merlimau). Lebih dikenali sebagai Kem Lanchang yang menjalankan aktiviti pendidikan luar seperti berkayak, membaca kompas dan orienteering, berbasikal lasak, memanjat tembok tiruan, litar cabaran aras tinggi dan aktiviti terbaru yang dimasukkan adalah paint ball.

Merlimau dapat dikunjungi dari Bandaraya Melaka sekitar 20-30 minit dari susur keluar Merlimau Jasin di Lipat Kajang, jika anda menggunakan lebuhraya PLUS. Anda mungkin memerlukan masa yang lebih panjang jika menggunakan jalan persekutuan dari Melaka atau Muar. Ada dua syarikat bas yang memberikan perkhidmatannya dari Melaka Sentral menggunakan jalan tersebut iaitu syarikat bas MOS dan Kenderaan Aziz. Jalanraya 4 lorong Simpang Ampat-Melaka-Muar telah siap yang dikenali dengan nama Lebuh AMJ, persimpangan yang menghubungkannya dengan pekan Merlimau hanya di sekitar 3 kilometer dari pekan tersebut.Merlimau tiada jaringan kereta api. Jika pengunjung ingin menggunakan perkhidmatan kereta api boleh turun di Stesen Kereta Api Pulau Sebang di Alor Gajah (dahulu dikenali Stesen Tampin) yang jaraknya 53 kilometer dari Pekan Merlimau atau menggunakan Stesen Kereta Api Batang Melaka sejauh 42 kilometer dari Pekan Merlimau. Namun hanya Ekspres Sinaran Pagi, Sinaran Petang dan Senandung Malam sahaja yang berhenti di stesen Batang Melaka.Manakala Stesen KTMB Pulau Sebang semua jenis ekspres KTM berhenti di stesen ini.

Terdapat beberapa kemudahan awam di pekan Merlimau. Antaranya Balai Bomba dan Penyelamat, pusat kesihatan, klinik persendirian, perhentian bas dan pejabat pos. Balai polis pula sekitar 1 kilometer di selatan, di sebelah jalan menuju ke Muar. Kemudahan ATM BSN Giro terdapat di Jalan Batu Gajah sementara ATM Mayban di luar pekan, iaitu di jalan masuk Taman Debunga.

Terdapat beberapa tempat bersejarah bagi Merlimau. Antaranya rumah Penghulu Nattar. Di Kampung Simpang Laut, pengunjung boleh melawat makam Tun Teja. Sejarah Tun Teja bertautan dengan era Kesultanan Melaka. Untuk makan malam, pelawat boleh mengunjungi medan ikan bakar di Serkam (sejauh sekitar 5 kilometer) atau Umbai (sejauh sekitar 10 kilometer). Terdapat sebuah rumah rihat berhampiran dengan pekan untuk mereka yang hendak bermalam di sana.

Ada lagi potensi pelancongan yang belum dibangunkan. Antaranya hutan paya bakau. Jika chalet penginapan didirikan, ia boleh memberikan pengunjung suasana yang berbeza. Hutan paya bakau sudah tidak banyak kelihatan di Melaka kerana keperluan tanah untuk pembangunan. Namun di sini ia boleh di dapati di sepanjang 6 kilometer pantai landai dan berlumpur dari Pengkalan Samak sehingga muara Sungai Kesang yang memisahkan Johor dan Melaka. Terdapat sedikit gangguan, tetapi secara keseluruhannya masih terpelihara. Pengunjung juga boleh melihat projek akua-kultur ternakan kupang di Sebatu.

- Wikipedia

PAS: Pilihan raya kecil pembaziran wang rakyat !

Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Jasmee (bekas calon PAS)
Dalam pilihan raya umum 2008, Major (B) Jasmee Tompang, 63, telah menjadi calonnya. Jasmee merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin. Beliau juga adalah Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Melaka.


Dalam pilihan raya umum 2004, Jasmee bertanding di Parlimen Jasin. Namun, apabila PKR mengatakan mereka mahu meletakkan ketua pemudanya, Syamsul Iskandar Mohd Akin di situ dalam pilihan raya umum 2008 , PAS mengalah.

Namun, apabila Syamsul yang juga Pengerusi PKR Melaka tidak jadi bertanding di situ tetapi bertanding di Parlimen Dungun, Terengganu, PAS Melaka terasa sedikit terkilan.

Ini kerana, PAS memberikan laluan untuk Syamsul, pemimpin kanan PKR tetapi yang bertanding adalah muka baru yang mereka langsung tidak kenali.

Merlimau adalah salah satu dari lima DUN dalam Parlimen Jasin. Kesemuanya dimenangi oleh BN termasuk Parlimennya.

Dalam PRU 2008, PAS bertanding di tiga DUN iaitu Merlimau, Sungai Rambai dan Serkam. PKR bertanding di Parlimen Jasin dan DUN Rim manakala DAP bertanding di DUN Benbam.

Bagi PAS, Merlimau adalah antara lapan DUN terbaiknya di Melaka. DUN ini mempunyai 64 peratus pengundi Melayu, 22 peratus Cina dan 14 peratus India.

Seorang wartawan PAS yang membuat lawatan ke Merlimau melabelkan Merlimau adalah satu kawasan pilihan raya yang terjaga dengan baik dari segi infrastrukturnya. Projek pembangunan berjalan lancar. Manakala untuk orang Melayu, masjid mereka tersergam indah.

Wartawan tersebut membuat persoalannya,  setakat manakah peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. Semua yang ditemuinya berkata, ia agak rendah hatta untuk meningkatkan jumlah undi pun nampak sukar.


Oleh yang demikian PAS ada tiga pilihan untuk pertimbangkan menjelang pilihan raya ini.

Pilihan pertama, sebagaimana status qou 2008, PAS bertanding di sini.

Ia nampaknya pilihan yang sangat dikehendaki oleh PAS Melaka. Mereka mahu berusaha untuk memecahkan telor kerusi mereka dalam DUN Melaka.

Pilihan kedua adalah memberikan kerusi ini ditandingi calon PKR, Syamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi PKR Melaka. Beliau memang pun sangat beriya-iya mahu bertanding di sini. Namun bagi PAS, pilihan ini terlalu negatif bagi mereka. Lihatlah dari perspektif manapun, ia akan membuatkan PAS Melaka marah.

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Katiga-tiga pilihan ini ada buruk dan baiknya. Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkannya.

Namun, pihak yang paling gembira jika pilihan raya ini berlaku adalah pekedai di Medan Ikan Bakar di Umbai Melaka kerana gerai mereka akan sentiasa penuh nanti.

- RM / Harakah.

Ayuh angkat "senjata" !!!



Alhamdulillah, Jentera penerangan Barisan Nasional untuk Pilihanraya Kecil DUN Merlimau, Melaka selamat dilancarkan tadi.


Dengan semangat luar biasa jentera-jentera yang hadir, aku amat berkeyakinan penuh dan percaya bahawa kita mampu mencipta satu lagi kegemilangan. Namun semuanya masih peringkat awal tetapi segala perancangan rapi yang sudah diatur dan kerjasama semua pihak, Insya ALLAH... semuanya akan berjalan amat lancar.

Ayuh semua... kita angkat "senjata"...... Kasi gegar !!! 

Insya ALLAH, Merlimau pasti milik Barisan Nasional !!






Merlimau: Pakatan Haram Dah Mula Berebut Kekalahan!


DAP sedang memerhati tingkahlaku ternakannya
yang akan berebut kekalahan di Merlimau.

1. Parti Melayu Pas kata merekalah yang layak. Parti Nur Berahim kata merekalah yang lebih layak.

2. PKR kata jentera kempennya lebih berkesan. Pas kata mereka lebih ganas melanyak UMNO.

3. Pas kata PKR parti bermasalah. PKR kata Pas tak layak sebab baru kalah di Tenang.

4. PKR kata mereka mampu ubah Perlembagaan Persekutuan. Pas kata mereka dah ubah tak perjuangkan Islam.

5. Pas kata mereka takkan membela Melayu sebab assobiah. PKR kata mereka lagi berani lawan Raja Melayu

6. DAP dan PAP terus memerhati dengan penuh minat sambil menikmati enaknya limau mandarin.

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini