Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Kantoi... calon PAS Merlimau menipu !!!

Sah terang-terang calon Pas menipu yang beliau pernah pegang jawatan berkenaan. Jawatan itu sengaja diletak-letakan untuk menggambarkan dia seorang yang hebat.

Sudahlah diplomanya diragui ,

lepas itu menipu pula pernah pegang jawatan dalam Belia 4B.

Gerakan Belia 4B Jasin hari ini menafikan calon Pas, Yuhaizad Abdullah yang akan bertanding pada Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau 6 Mac ini, pernah menjadi ahli pertubuhan itu.

Penasihatnya, Datuk Hasan Rahman berkata, setelah diteliti keahlian pertubuhan tersebut di daerah itu, calon Pas tersebut didapati tidak pernah menjadi ahli seperti yang didakwanya dalam sebuah akhbar hari ini.

“Dakwaan beliau (Ruhaizad) pernah menjadi ahli Gerakan Belia 4B di Jasin adalah tidak benar. Kita telah teliti keahlian di peringkat cawangan memang namanya tidak ada.

“Saya tidak pasti bagaimana beliau boleh mendakwa pernah menjadi ahli pertubuhan ini. Mungkin beliau cuba untuk meraih simpati daripada pengundi di Merlimau,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menerima kunjungan Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakob menaiki Sungai Rambai River Cruise di Dataran 1Malaysia DUN Sungai Rambai di sini hari ini.

Hasan yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Rambai mengulas mengenai laporan sebuah akhbar hari ini yang mendakwa Ruhaizad adalah ahli Gerakan Belia 4B di sini.

Ruhaizad membuat kenyataan tersebut selepas namanya diumumkan oleh Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebagai calon parti itu bertanding di DUN Merlimau malam tadi.

Mengulas lanjut, Hasan yang juga Ketua Penerangan UMNO Bahagian Jasin berkata, beliau mendapat banyak panggilan telefon daripada ahli di daerah tersebut yang marah kerana calon Pas itu berdusta mendakwa dirinya adalah ahli pertubuhan itu.

“Macam mana beliau nak menjadi wakil rakyat di Merlimau kalau tidak bercakap benar. Kenapa mesti nak tipu dengan mendakwa sebagai ahli Belia 4B di daerah ini.

“Sebagai calon Pas lebih baik beliau bercakap benar dan jangan cuba untuk melakukan provokasi semata-mata untuk meraih simpati pengundi di Merlimau,” ujarnya.

Sehubungan itu, beliau meminta calon Pas itu menggunakan saluran lain jika berhasrat untuk meraih undi simpati daripada penduduk di Merlimau.

1 comment:

Mohd said...

PAS ni dah belajar dpd Guan Eng Cina DAP, kalau tak menipu tak sah!

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini