Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Barisan Nasional mula hadapi situasi amat membimbangkan di Merlimau

Badan Perhubungan UMNO Melaka melancarkan gerakan mengesan kira-kira 1,594 penduduk di Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau yang berusia 21 tahun ke atas berdaftar sebagai pemilih tetapi gagal dikesan kediaman mereka.

Pengerusinya, Datuk Seri Mohd. Ali Rustam (gambar) berkata, angka yang diperoleh daripada Bancian Kaji Sikap yang dijalankan oleh Wanita Perhubungan UMNO negeri dan parti komponen Barisan Nasional (BN) dianggap serius.

Menurutnya, bancian yang dibuat mendapati 1,594 telah mendaftar sebagai pengundi di DUN Merlimau tetapi apabila pergi ke alamat rumah terbabit mendapati mereka tidak menetap di situ.

”Situasi ini amat membimbangkan kerana kita tidak tahu status mereka ini mendaftarkan diri sebagai pengundi tetapi mereka tidak menetap di alamat yang didaftarkan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

”Bagi saya jumlah itu sangat serius kerana dalam sistem demokrasi, setiap undi adalah penentu kejayaan sebuah parti pada setiap pilihan raya umum atau pilihan raya kecil,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dengan semua ahli jawatankuasa UMNO Bahagian, Wanita, Pemuda dan Puteri seluruh negeri ini di Dewan Platinum, Politeknik Merlimau di sini malam tadi.

Sehubungan itu kata Mohd. Ali yang juga Ketua Menteri, UMNO negeri telah mengarahkan UMNO Bahagian Jasin termasuk Wanita, Pemuda dan Puteri di peringkat cawangan untuk menjalankan gerakan mengesan mereka.

Katanya, parti komponen BN juga turut diarahkan untuk membantu bagi mengesan mereka yang terbabit.

Dalam pada itu, beliau melahirkan rasa puas hati dengan perjalanan jentera pilihan raya parti itu yang telah mula digerakan sebelum penamaan calon pada 26 Februari ini.

Katanya, jentera BN dilihat semakin berkesan dalam melaksanakan tugas serta tanggungjawab mereka bagi meraih sokongan rakyat.

”Apa yang lebih menggembirakan ialah kerjasama yang melibatkan semua jentera parti komponen BN bagi memastikan BN menang lagi di Merlimau,” katanya.

Beliau menambah, seluruh Badan Perhubungan UMNO negeri-negeri akan turun ke Merlimau membantu jentera pilihan raya kecil pada 24 Februari iaitu dua hari sebelum penamaan calon pada 26 Februari ini.

”Kita telah mengagih-agihkan jentera UMNO negeri-negeri di tujuh peti undi pada pilihan raya kecil DUN Merlimau pada 6 Mac ini,” katanya.

- UMNO ONLINE

8 comments:

Melyuis said...

merlimau masih hak umno, tak prcayalihat, pakatn pun dah bimbang

Melyuis said...

merlimau masih hak umno, tak prcayalihat, pakatn pun dah bimbang

Anonymous said...

layarilah www.freemalaysiakini.com sebarkan kepada pembaca blog tuan

Anonymous said...

mcmana x boleh kesan pengundi ni? x buat kerja ke??? kalau sikit2 punya bilangan x apa la jugak :-(

Anonymous said...

InsyaAllah, kemenangan pasti di pihak yang benar yang mendapat sokongan majoriti Melayu.

Mana mungkin PAS atau PKR berani meletakkan calonnya kerana mereka mempunyai pelbagai masalah sendiri yang diwujudkan oleh mereka sendiri, bukan pihak lain. Sabotaj calon antara mereka sendiri pasti akan berlaku jika mana-mana parti meletakkan calonnya.

Mungkin juga calon mereka nanti adalah calon bebas yang disponsor oleh DAP.

http://mulutmelayu-realiti.blogspot.com/2011/02/anwar-ibrahim-gila-sex-di-siang-hari.html

Anonymous said...

JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

Azman Md Safiee said...

HOSTEL 20 orang PRK Merlimau, 2 bthroom, aircond di hall, tv, kettle, iron,Tempat yg strategik, berdktn dgn BandarJasin, Bilik Gerakan, Peti Undi, Masjid dan Pusat Mengundi. RM 4000, boleh nego lg.. berminat hubungi 012-3736548 http://jasinhomestay.blogspot.com/

Pak Rojam said...

Sepatutnya semua Ketua Menteri dan Menteri Besar di negeri yang diperintah oleh parti BN harus ambil iktibar! Ini adalah amaran pertama dari gerakan modus operandi pihak pembangkang.Tidak semestinya kesemua atau sebahagian dari 1500 pengundi tersebut adalah anak jati dikawasan masing2.Yang penting, juak2 aljub akan membawa pengundi dari luar kawasan ke kawasan dun dan juga parlimen di seluruh Semenanjung Malaysia bagi membolehkan mereka memenangi dan memerintah Malaysia pada PRU yang akan datang.Modus Operandi ini telah digerakkan selepas PRU2008 yang lepas.Ingatlah !! JANGAN SAMPAI BUMI YANG DIPIJAK INI MILIK ORANG. Pak Rojam

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini