Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Seramai 10,679 pengundi akan terlibat di PRK Merlimau, Melaka

Daftar Pemilih yang akan digunakan untuk pilihan raya kecil DUN Merlimau, Melaka ialah Daftar Pemilih Induk (DPI) 2009 bagi bahagian pilihan raya berkenaan yang digabungkan dengan Daftar Pemilih Tambahan Suku Tahun Pertama 2010, Suku Tahun Kedua 2010 dan Suku Tahun Ketiga 2010 (bagi bahagian pilihan raya berkenaan) yang telah dikemaskini sehingga 20 Januari 2011.

Daftar Pemilih tersebut mengandungi 10,679 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 10,643 pengundi biasa dan 36 pengundi pos.

SPR akan nenggunakan Dewan Platinum Politeknik Merlimau, Melaka sebagai pusat penamaan calon dan pusat penjumlahan rasmi undi.

Sebanyak tujuh buah sekolah akan digunakan sebagai pusat mengundi yang mengandungi kesemuanya 21 saluran tempat mengundi. Seramai 248 petugas pilihan raya akan dilantik untuk pengendalian proses pilihan raya ini dan dianggarkan memerlukan belanjawan sebanyak RM830,000.

1 comment:

Azman Md Safiee said...

Kami menyediakan 3 buah rumah sewa dan 1 Hostel Sempena PRK DUN Merlimau. Hubungi segera 0123736548 / 0136042525 / 06-5293031 @ http://jasinhomestay.blogspot.com/

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini