Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Kecoh: PAS dan PKR berebut kerusi DUN Merlimau

Pemuda PAS mahu hak parti itu untuk bertanding di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau, Melaka dikekalkan dan dihormati rakan dalam pakatan pembangkang. Ketuanya, Nasrudin Hassan Tantawi berkata, perkara itu telah dipersetujui bersama oleh pakatan PAS-DAP-PKR sebelum ini bahawa kerusi yang diperuntukkan kepada mana-mana parti dalam gabungan pembangkang kekal sehingga pilihan raya umum akan datang.

PAS pada 1999 dan 2008, telah bertanding di kerusi itu manakala pada 2004 ia ditandingi Parti Keadilan Rakyat (PKR). Sebelum itu, kerusi tersebut ditandingi Semangat 46 pada 1995.
Beliau berkata, tindakan meminta, mendesak atau membuat kenyataan mendahului pucuk pimpinan parti oleh mana-mana pihak dalam pakatan pembangkang itu perlu dielakkan kerana ia bertentangan dengan semangat setiakawan dan persetujuan yang dicapai ketiga-tiga parti.

“Berpegang kepada persetujuan sebelum ini, ia patutnya dikekalkan status quo kepada PAS. Saya harap pihak-pihak berkenaan menghormatinya.
“Saya juga tidak suka tindakan yang diluar musyawarah (berunding) kerana ini akan mengganggu gugat keharmonian pakatan dan ia juga boleh merumitkan proses menentukan siapa yang patut bertanding,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini.

Nasrudin berkata demikian mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa Parti Keadilan Rakyat (PKR) Melaka akan menawarkan calonnya untuk bertanding di kerusi DUN Merlimau dan ia akan dikemukakan kepada pucuk pimpinan pusat untuk dibincangkan. Baca lanjut di bernama.com

1 comment:

Anonymous said...

JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK

• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.

• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.

• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.

• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.

• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.

• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini