Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Calon popular dan diminati orang ramai untuk PRK Merlimau

Barisan Nasional (BN) Melaka akan menurunkan calon popular dan disukai ramai untuk mempertahankan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau dalam pilihan raya kecil kawasan itu berikutan kematian penyandang, Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan, 54, akibat serangan jantung, Khamis lalu.

Ketua Menteri yang juga Pengerusi BN Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam, berkata pihaknya tidak berdepan masalah untuk menurunkan calon yang boleh menang, berwibawa dan mendapat sokongan majoriti rakyat.

“Kita akan beri calon terbaik... kawasan ini (bahagian UMNO Jasin) banyak calon yang boleh diketengahkan dan kita akan mengikut kehendak Perdana Menteri memilih hanya calon terbaik yang disokong dan diminati orang ramai dan boleh berkhidmat baik untuk parti dan rakyat.

“Calon popular dan diminati orang ramai biasanya boleh menang... tetapi jika hanya popular dalam parti saja nanti (sokongan undi) susah sikit,” katanya selepas menerima Anugerah Tokoh Bekas Anggota KEMAS di majlis Ramah Mesra dan Perasmian Persatuan Bekas Anggota KEMAS Malaysia di sini, semalam.

Mohd Ali berkata, BN Melaka juga akan menerima sesiapa saja calon yang dipilih Perdana Menteri bagi mewakili parti komponen itu dalam pilihan raya kecil nanti.

Allahyarham Mohamad Hidhir yang berdepan tiga serangan jantung dalam tempoh seminggu lalu menghembuskan nafas terakhir di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Pakar Putra, Melaka, jam 8.10 malam Khamis lalu.

BERITA HARIAN

No comments:

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini