“Kalau mengikut logik, buat apa kami nak menyokong pembangkang lagi. Semua sudah disediakan oleh kerajaan memerintah,” kata seorang pemuda dari kampung Tengah, Merlimau.
Amir Baba, 31, mengimbau kembali kesusahan pada 20 tahun dahulu, di mana penduduk kebanyakannya terpaksa bergantung kepada pengangkutan awam terutamanya bas untuk ke bandar Merlimau.
Amir, yang ketika itu belasan tahun juga menggunakan bas untuk ke sekolah namun beliau melihat pelajar sekolah kini lebih senang kerana hampir semua rumah di kampung itu mempunyai kenderaan sendiri, paling tidak pun sebuah motosikal.
“Boleh lihat sendiri di kampung ini, semua keluarga ada kereta, ada motosikal. Ini bermakna taraf penduduk kampung adalah lebih baik sekarang,” katanya kepada Bernama di sini.
Beliau yang selesa dengan kehidupannya sebagai penjawat awam di bandar Melaka berkata, tiada isu belia menganggur di kampungnya kerana mereka semuanya bekerja.
“Sebagai penduduk kampung kami sentiasa mengambil berat hal ehwal rakan sebaya. Kebanyakannya bekerja di sektor swasta, sebagai operator di kilang berdekatan di Kampung Kilang Berapi, malah di bandar Melaka,” katanya.
Beliau berkata ada di antaranya yang memegang jawatan tinggi seperti jurutera selain juruteknik dan di jabatan-jabatan kerajaan kerana di kampung itu tidak terdapat aktiviti pertanian secara besar-besaran.
Katanya, pada masa terluang penduduk kampung sebayanya juga sibuk mengadakan aktiviti dan program yang bersesuaian seperti sukan bola sepak futsal, aktiviti mengacau dodol dan juga gotong-royong membersihkan masjid.
“Kami tak mahu menjadi pemuda lesu, dan buat hal masing-masing. Pemuda adalah harapan bangsa. Mana-mana pemuda yang agak liat nak bercampur, kami dorong dan sertai program dan aktiviti kami,” katanya.
Meihat kepada keadaan di kampung itu, jelas kenyataan Amir itu benar dengan keadaan rumah penduduk kampung yang selesa, jalan raya yang baik, sistem perparitan yang lancar, lampu jalan dan hampir semua infrastruktur asas ada.
Ditanya mengenai perbelanjaan seharian dan kos sara hidup, Amir berkata kehidupan di kampung tidak begitu terasa kerana kos hidup lebih murah berbanding di kota besar seperti Kuala Lumpur.
Kampung tradisional yang terletak bersebelahan Jeti Nelayan Kuala Merlimau turut mendapat perhatian umum khususnya kalangan orang politik kerana bakal menyaksikan pilihan raya kecil kali ke-15 pada 6 Mac depan.
Kampung Tengah juga bersempadan dengan Rumah Penghulu Mat Natar, sebuah destinasi pelancongan popular bagi mereka yang datang ke sini, Taman Makmur dan Taman Merlimau Jaya.
Nor Amry Abas, 29, juga mempunyai pendapat sama dengan Amir kerana apabila kerajaan mewujudkan Politeknik Merlimau pada 2003, ramai pemuda kampung yang layak meneruskan pengajian di institusi pengajian itu.
Katanya, ia membolehkan anak-anak muda di kampung sentiasa mempunyai hubungan rapat dengan dengan pelajar-pelajar ini, selain turut aktif dan tidak hanya pulang sekali-sekala.
“Belia sekarang aktif. Alhamdulillah kami tidak susah. Kita tengok ada di negeri-negeri lain yang tidak dapat kemudahan macam di kampung kami. Kalau dari segi kemudahan memang dah cukup,” katanya.
Nor Amry, yang pulang ke kampung sejak tiga tahun lalu selepas bekerja di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) berkata beliau lebih selesa pulang ke kampung, tambahan pula sejak ibunya tidak berapa sihat beberapa tahun lepas.
Kini, penduduk Kampung Tengah juga mendapat perhatian penyokong dan jentera pilihan raya Barisan Nasional (BN) dan juga PAS apabila pilihan raya kecil akan diadakan pada 6 Mac ini berikutan kematian anggota Dewan Undangan Negeri Merlimau Datuk Mohamad Hidhir Abu Hassan dari BN.
Masa depan DUN Merlimau terletak di tangan seramai 10,679 pemilih berdaftar termasuk 36 pengundi pos.
Pada Pilihan Raya Umum 2008, Mohamad Hidhir mengekalkan kerusi itu apabila menang dengan majoriti 2,154 undi menewaskan calon Pas Jasme Tompang.
Rekod daftar pemilih sehingga 31 Dis lepas menunjukkan jumlah pengundi di DUN itu ialah 10,767 orang pengundi Melayu iaitu sebanyak 64.1 peratus, Cina (20.8 peratus), India (14.4 peratus) dan lain-lain bangsa (0.7 peratus).
2 comments:
JAGALAH KESUCIAN SEMUA RUMAH-RUMAH ALLAH DISEPANJANG PRK
• Kepada semua pihak yang berkuasa tempatan kawasan yang berlangsungnya PRK dan kawasan sekitarnya (seperti JKKK, RELA, J/K Masjid & Surau, Ketua-ketua Kampung, Peghulu, Majlis Daerah, POLIS, Persatuan Belia dan sebagainya.
• Saya, selaku pemerhati bebas setiap PRK menyeru semua pihak bergembeling tenaga untuk mengawal segala Masjid, Surau atau Madrashah dari dijadikan puast penempatan gelandangan sempanjang berlangsungnya PRK.
• Dalam beberapa PRK yang lepas, saya mendapati ramai golongan gelandangan bermehrajalela mendiami RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai pusat gelandangan mereka. Kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH dicemari dengan kelakuan-kelakuan buruk mereka sepanjang mereka bergelandangan di RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Mereka sesuka hati merokok, menjamu selera, berbual kosong dengan kuat, berpakaian kurang sopan (memakai tuala mandi keluar masuk RUMAH-RUMAH ALLAH, mengganggu ahli kariah untuk beribadat, mengotori bilik air dan dewan wuduk (sehingga ada yang menjadikan dewan wuduk tempat mandi), menganggu jema'ah wanita dan sebagainyan.
• Mereka sesuka hati menjadikan RUMAH-RUMAH ALLAH sebagai HOTEL PERCUMA mereka dengan alasan mereka adalah musafir fi'sabillillah. Mereka ini sebenarnya bukan musafir fi'sabillillah tetapi gelandangan dari parti-parti politik yang berjuang untuk kelangsungan parti politik mereka.
• Mereka juga tidak segan - silu menghalau J/K RUMAH-RUMAH ALLAH yang mengingatkan mereka supaya menjaga kesucian RUMAH-RUMAH ALLAH.
• Sekian sahaja harapan saya semoga semua musafir yang menumpang munaikan kewajipan bersolat di RUMAH-RUMAH ALLAH dapat beribatat dengan khyusu’.
SALAM SAHABAT...SY TELAH LINK KAN BLOG ANDA DI BLOG SY, SY HARAP ANDA DAPAT LINK KAN BLOG SY DI BLOG ANDA
TQ
http://prkmerlimau.blogspot.com/
Post a Comment