Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Membazir: PAS mungkin tidak bertanding di Merlimau ?

Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Jasmee (bekas calon PAS)
Dalam pilihan raya umum 2008, Major (B) Jasmee Tompang, 63, telah menjadi calonnya. Jasmee merupakan Yang Dipertua PAS Kawasan Jasin. Beliau juga adalah Pengarah Jabatan Pilihan raya PAS Negeri (JPN) Melaka.


Dalam pilihan raya umum 2004, Jasmee bertanding di Parlimen Jasin. Namun, apabila PKR mengatakan mereka mahu meletakkan ketua pemudanya, Syamsul Iskandar Mohd Akin di situ dalam pilihan raya umum 2008 , PAS mengalah.

Namun, apabila Syamsul yang juga Pengerusi PKR Melaka tidak jadi bertanding di situ tetapi bertanding di Parlimen Dungun, Terengganu, PAS Melaka terasa sedikit terkilan.

Ini kerana, PAS memberikan laluan untuk Syamsul, pemimpin kanan PKR tetapi yang bertanding adalah muka baru yang mereka langsung tidak kenali.

Merlimau adalah salah satu dari lima DUN dalam Parlimen Jasin. Kesemuanya dimenangi oleh BN termasuk Parlimennya.

Dalam PRU 2008, PAS bertanding di tiga DUN iaitu Merlimau, Sungai Rambai dan Serkam. PKR bertanding di Parlimen Jasin dan DUN Rim manakala DAP bertanding di DUN Benbam.

Bagi PAS, Merlimau adalah antara lapan DUN terbaiknya di Melaka. DUN ini mempunyai 64 peratus pengundi Melayu, 22 peratus Cina dan 14 peratus India.

Seorang wartawan PAS yang membuat lawatan ke Merlimau melabelkan Merlimau adalah satu kawasan pilihan raya yang terjaga dengan baik dari segi infrastrukturnya. Projek pembangunan berjalan lancar. Manakala untuk orang Melayu, masjid mereka tersergam indah.

Wartawan tersebut membuat persoalannya,  setakat manakah peluang Pakatan Rakyat untuk menang dalam pilihan raya kecil ini. Semua yang ditemuinya berkata, ia agak rendah hatta untuk meningkatkan jumlah undi pun nampak sukar.


Oleh yang demikian PAS ada tiga pilihan untuk pertimbangkan menjelang pilihan raya ini.

Pilihan pertama, sebagaimana status qou 2008, PAS bertanding di sini.

Ia nampaknya pilihan yang sangat dikehendaki oleh PAS Melaka. Mereka mahu berusaha untuk memecahkan telor kerusi mereka dalam DUN Melaka.

Pilihan kedua adalah memberikan kerusi ini ditandingi calon PKR, Syamsul Iskandar Mat Akin yang juga Pengerusi PKR Melaka. Beliau memang pun sangat beriya-iya mahu bertanding di sini. Namun bagi PAS, pilihan ini terlalu negatif bagi mereka. Lihatlah dari perspektif manapun, ia akan membuatkan PAS Melaka marah.

Pilihan ketiga adalah memberikan peluang kepada calon BN menang percuma dalam pilihanraya ini. PR buat persiapan untuk PRU 13 yang sudah tidak berapa lama itu. Pimpinan PAS yang selalu menjaja idea ini adalah naib presidennya, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man. Bagi beliau pilihan raya kecil adalah pembaziran wang rakyat. Langkah sebegini pernah dibuat oleh PAS di Batu Talam, Pahang.

Katiga-tiga pilihan ini ada buruk dan baiknya. Pucuk pimpinan ketiga-tiga parti dalam Pakatan Rakyat perlu mempertimbangkannya.

Namun, pihak yang paling gembira jika pilihan raya ini berlaku adalah pekedai di Medan Ikan Bakar di Umbai Melaka kerana gerai mereka akan sentiasa penuh nanti.

- RM / Harakah.

No comments:

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini