Oleh: Syed Azidi Aziz
DUN Tenang menyaksikan dua standard moral dipertandingkan. Moral PAS dan moral Barisan Nasional. Barisan Nasional tidak pernah menafikan atau menyembunyikan kelemahan moral sesetengah individunya. Bahkan kita semua tahu kisah hebat Chua Soi Lek, Presiden MCA. Kita juga tahu kisah nakal tokoh-tokoh lain. Ada sesetengah telah menerima hukuman dan sesetengah yang lain telah menghukum diri mereka sendiri. Tetapi kelebihan Barisan Nasional ialah mereka tidak mengamalkan hipokrasi.
Anda mengundi PAS kerana kesuciannya dan memilih Barisan Nasional kerana ‘after sale service’ nya.
Saya masih ingat dikemuncak pertembungan di antara saya dan Ariffahmi di ruang siber. Ariffahmi dipotretkan oleh Nik Aziz sebagai pemuda Islam terhebat di Kelantan dan saya di gambarkan oleh isteri dan abang ipar Ariffahmi sebagai kaki botol.
Lantaran bila saya siarkan gambar Ariffahmi dengan seorang perempuan Cina yang bukan muhrimnya, ternyata tercalar imej suci Ariffahmi yang sentiasa menolak peluang untuk bergambar dengan bukan muhrim ketika di dalam Negeri Kelantan.
Sebagai tindakbalas, cybertroppers Ariffahmi menyiarkan pula gambar saya dengan perempuan yang sama. Bukankah mereka sudah menuduh saya seorang yang rendah moral? Jadi kalau saya berkongsi perempuan dengan Ariffahmi tidaklah sesuatu yang pelik bagi saya tetapi amat pelik bagi Ariffahmi. Lebih-lebih lagi saya sebelum itupun dengan suka dan rela pernah menyiarkan gambar saya bersama wanita-wanita terkenal Malaysia termasuklah aktress popular Maya Karin dan Erra Fazira.
Maka bila kesedaran timbul dari penafian mereka, mulalah mereka memberi nasihat, jangan dibuka aib seseorang nanti Allah akan membuka aib kita.
Isunya ialah sikap hipokrit. Berlagak alim tetapi rupanya alim-alim kucing. Hidup penuh kepura-puraan.
PAS hari ini terkepung oleh permainan moral mereka sendiri. Sedangkan ia hanyalah parti politik yang dianggotai oleh manusia bukan malaikat. Dan manusia yang menganggotai PAS terdiri daripada lelaki dan perempuan, yang punya nafsu dan keinginan masing-masing. Ahli-ahli PAS ditarbiyah secara rejimental tetapi dada mereka tidak dibelah dan hati mereka tidak dicuci oleh malaikat. Sebaliknya sekadar rukuk di Pulau Melaka dan sujud di Rusila.
Husam Musa, bekas Naib Presiden PAS adalah contoh hipokrasi PAS. Double standard dalam banyak sebab dan keadaan. Tidak seperti seorang lagi Exco PAS Kelantan, Takiyuddin Hassan yang dari pengalaman saya, bak kata orang ‘what you see is what you get’. Tetapi malangnya, pimpinan seperti Takiyuddin akan dicincang dan dilumatkan oleh hipokrasi dalam PAS. Dihumban dengan pelbagai tuduhan, dikeji dan dihina.
Walaupun berbekalkan lebih 15 tahun di dalam dunia perfileman yang penuh skandal dan glamour, saya sendiri masih ingat rasa malu saya oleh aksi pimpinan PAS yang saya temani, apatah lagi bila di khalayak ramai, leka menatapi ‘ah moi-ah moi’ bermini skirt menuruni tangga bergerak di Suria KLCC dan bergurau sambil menggosok-gosok tangan seorang perempuan cina penjual madu lebah organik di One Utama. Ini tidak termasuk kegemarannya melemparkan seikat wang kertas RM50 ke atas meja dihadapan khalayak ramai.
Tentu sekali saya tidak akan menjadi serba-salah jika perbuatan itu menjadi amalan rakan-rakan saya di dalam dunia filem.
Maka PAS seharusnya belajar dari pengalaman di Tenang dan berhenti bermain isu peribadi. Apatah lagi penduduk di Tenang membuat pilihan mereka bukan berdasarkan isu peribadi. Tetapi rakyat Malaysia esok, akan lebih faham keperibadian sesebuah parti politik dan akhirnya akan berpegang kepada persepsi yang lahir dari insiden-insiden sebelumnya.
Di Tenang, BN telah menang.
- Syed Azidi Aziz
Guan Eng kelentong !!! |
Bagaimana dengan PAS? Ia sebuah parti yang ahlinya diangkat lebih suci dari Malaikat dan lebih maksum dari Rasulullah s.a.w. Ia lebih putih dari putih dan lebih mengampun dan menyayang dalam menjatuhkan hukuman dari Allah s.w.t. Maka PAS adalah sebuah parti yang penuh penafian.

No comments:
Post a Comment