Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Putar belit isu agama tak laku di Merlimau


“Saya ingat kalau mereka cuba serang peribadi, main isu agama dan perkauman di sini tak boleh jalan….tak laku. “Pembangkang buat perkara ini sebab mereka tiada modal..itu saja senjata mereka, kalau mereka guna cara ini saya yakin akan memakan diri”

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam percaya taktik serangan peribadi, putar belit agama dan sentimen perkauman yang berulangkali dimainkan pembangkang pada setiap pilihanraya kecil akan sekali lagi ditolak pengundi di Merlimau.

“Saya ingat kalau mereka cuba serang peribadi, main isu agama dan perkauman di sini tak boleh jalan….tak laku.

“Pembangkang buat perkara ini sebab mereka tiada modal..itu saja senjata mereka, kalau mereka guna cara ini saya yakin akan memakan diri”, katanya kepada UMNO-Online.

Jelas beliau lagi pengundi di negeri ini khususnya di Merlimau lebih mengutamakan kesejahteraan dan pembangunan yang boleh memberikan mereka lebih manfaat.

“Menerusi tinjauan yang telah kita lakukan pengundi di sini tidak berdepan dengan banyak masalah hanya mereka bangkitkan soal prasarana yang boleh kita selesaikan seperti kawasan perumahan, infrastruktur seperti jalan, perparitan dan sebagainya.

“Menerusi tinjauan yang telah kita lakukan pengundi di sini tidak berdepan dengan banyak masalah hanya mereka bangkitkan soal prasarana yang boleh kita selesaikan seperti kawasan perumahan, infrastruktur seperti jalan, perparitan dan sebagainya.

“Apa yang mereka minta telah dan sedang kita selesaikan jadi saya rasa tidak ada masalah besar yang tidak boleh kita selesaikan. Kalau pembangkang nak ungkit perkara itu dan jadikan isu… kita takde masalah berdepan dengan mereka”, ujarnya.

Mengenai tindakan pembangkang yang akhirnya meletakkan calon Pas bagi bertanding pada pilihanraya kecil Dewan Undangan Merlimau pada 6 Mac ini, beliau berkata pakatan pembangkang sebenarnya saling bertikaman antara sesama sendiri.

Kata beliau lagi tindakan Pas yang mahu mengekalkan status quo telah menyebabkan perasaan kurang senang DAP yang mahukan pembangkang meletakkan calon dari Parti Keadilan Rakyat (PKR).

“Sebab itu siang-siang lagi DAP, Lim Guan Eng kata pembangkang akan kalah. Ini satu sabotaj secara halus DAP kepada Pas. DAP mahu PKR tapi Pas mahu kekalkan kawasan sedangkan kalau kita lihat pembangkang silih berganti letak calon mereka di sini.

“Kalau ikutkan sepatutnya memang calon PKR…ini yang buat DAP dan PKR kurang senang dan kita tak hairan kalau DAP dan PKR akan sabotaj. Tapi ini cerita rumah tangga pembangkang… biarkan saja mereka sebab bagi kita, kita mahu fokus menangkan calon kita”, katanya.

Mengenai persediaan jentera Barisan Nasional (BN) pula beliau berkata setakat ini beliau cukup berpuas hati dengan persiapan jentera.

“Proses berkempen belum lagi bermula tapi persediaan kita cukup lancar dan sebaik saja selesai proses penamaan calon saya yakin jentera kita sudah cukup bersedia untuk berperang habis-habisan.

“Berdasarkan persedian dan momentum jentera parti kita yakin BN mampu mempertahankan kawasan ini dengan majoriti yang lebih baik berbanding pilihanraya umum lalu”, ujarnya.

-MediaUMNO

2 comments:

Anonymous said...

Mungkin ada betulnya penyokong BN akan memilih calon 'kayu, tunggul atau batu' dalam keadaan tertentu (di kawasan kubu kuat) tetapi sedar atau tidak penyokong PR juga akan memberikan sokongan tidak berbelah bagi terhadap calon 'tunggul, kayu dan batu' terutama di kawasan-kawasan bandar.

Siapa yang boleh menafikan bahawa penyokong PR terutama di kawasan elit akan memberikan undi kepada calon yang bertanding atas tiket Pas atau PKR atau Dap bukan atas kapasiti individu tetapi disebabkan ketaksuban terhadap PR.

Ini bermakna, asalkan calon berkenaan mewakili PR, penyokong-penyokong yang fanatik tidak akan menggunakan akal untuk membuat pilihan sebaliknya cukup dengan hanya menggunakan emosi dan naluri.

Disebabkan pemilihan bersandarkan sentimen, naluri dan emosi, penyokong-penyokong PR pasti terlepas pandang kriteria invidu calon, makanya ramailah 'kayu, tunggul dan batu' yang menjadi calon 'payung terjun' PR pada PRU 2008 telah menjadi YB.

Cumanya apakah impak susulan dari pemilihan tunggul, kayu dan batu berkenaan?

Di pihak BN, disebabkan calon 'kayu, tunggul dan batu' telah tewas pada PRU 2008, maka YB yang ada sekarang ini tidak banyak memiliki sifat 'kayu, tunggul dan batu' justeru tidaklah timbul kesan sampingan yang ketara.

Ini berbeza dengan senario di pihak PR, disebabkan para penyokong fanatik PR hanya memandang lambang Pas/PKR/Dap dan bukan individu calon sewaktu memangkah, makanya ramailah muka-muka 'kayu, tunggul dan batu' dapat gelaran YB.

Makanya tidak hairanlah menggejalanya insiden-insiden yang memalukan PR: rasuah seks, ponteng, lawan tauke, belot, baiah, kebejatan moral, gangsterisme dan banyak lagi.

Kesimpulannya: ketaksuban terhadap barisan atau pakatan kepartian hinggakan hadirnya YB2 'kayu, tunggul dan batu' bukanlah bersifat terpencil sebalik merentasi sempadan partisan. Keadaan ini bukan saja menyusahkan barisan dan pakatan kepartian, malah menyusahkan rakyat yang diwakilinya.

Anonymous said...

Sesat pun ada agama,itulah kata2 pengikut taksub saudara!Tak tahu bagaimana nak beza dah kumpulan ni.Jangan kumpulan yg dibantu sepenuhnya oleh kerajaan yang baru balik dgn selamatnya terpengaruh sudahlah.Hidup kerajaan yang membuat bukan kerajaan bercakap sahaja....

Ali Manjoi,IPOH

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini