Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Merlimau untuk PKR: Anuwar tak setuju calon PAS di Tenang & Galas ?

Sudah mula timbul pelbagai spekulasi akibat dari tindakan Ketua AMK PKR Samsul Iskandar yang mahu bertanding sebagai calon di PRK Dun Merlimau. Sudah ada yang berpendapat, tindakan Samsul ini memberi isyarat jelas bahawa PAS tak lagi mampu untuk menarik sokongan dari rakyat.

Beberapa hari lepas, dimaklumkan bahawa Haji Hadi akan berjumpa dengan Anwar Ibrahim untuk selesaikan masalah perebutan calon di kerusi Dun Merlimau.

Khabarnya, Hadi juga mahu PKR tak lagi mencabar kerusi-kerusi milik PAS dan juga mempertikaikan kredibiliti parti Isle tersebut.

Sebelum ini, Presiden Pas tersebut juga telah membuat kenyataan yang PAS akan tetap meletakkan calonnya di Merlimau biarpun PKR bercadang untuk mengambil kesempatan merebut kerusi itu dari PAS. Hadi dilihat bertegas mempertahankan kuota PAS dikawasan tersebut dan tidak akan berkompromi dengan kemahuan PKR.

Samsul Iskandar pula bertindak menawarkan diri untuk menjadi calon PKR di Merlimau mungkin diatas beberapa faktor. Kekalahan terbaru PAS di PRK Tenang mungkin menjadi penyebab utama PAS dilihat semakin lemah terutamanya dari segi sokongan masyarakat melayu.

Selain itu, faktor Samsul yang berasal dari Melaka sendiri mungkin membuatkan Ketua AMK PKR ini begitu yakin akan menang di Merlimau nanti. Walaupun tindakan Samsul ini dilihat seolah-olah mahu mencetuskan perbalahan dengan PAS, ia sebenarnya lebih kepada tindakan merendahkan kemampuan parti melayu kedua terbesar itu didalam gabungan Pakatan Rakyat.

Mungkin Samsul Iskandar melihat kemerosotan undi PAS di Tenang sebagai alasan kukuh untuk PKR merebut hak bertanding di Merlimau. Ketidakmampuan PAS mendapat menampilkan calon-calon berkualiti juga dilihat menjadi salah satu punca tindakan dari PKR ini.

Jika dilihat sewaktu PRK Tenang dan Galas, calon yang diletakkan oleh PAS khabarnya tidak disukai dan dipersetujui oleh Anwar Ibrahim. Malah ketika kempen pilihanraya kecil di Tenang sendiri, Anwar jarang sekali menyebut serta mempromosi calon PAS iaitu Normala Sudirman. Anwar lebih selesa berkempen tentang impiannya untuk menawan Putrajaya daripada melobi calon PAS kepada masyarakat di Tenang.

Ini membuatkan ramai penganalisis politik tertanya-tanya, apakah tindakan Samsul Iskandar mencetuskan soal calon PKR di PRK Merlimau ini direstui oleh Anwar Ibrahim? Jika benarlah Anwar yang mencetuskan idea supaya PKR meletakkan calon di PRK Merlimau, ia pasti merupakan satu tamparan hebat buat PAS.

Isu perebutan kerusi Dun ini sekaligus membuktikan gerombolan Pakatan bukanlah satu gabungan yang mementingkan hal rakyat. Sebaliknya, gabungan PKR, DAP dan PAS ini lebih mengutamakan kepentingan politik parti masing-masing untuk berkuasa dan merebut jawatan sesama sendiri sahaja.

Rakyat seharusnya menilai dengan teliti perjuangan parti-parti didalam Pakatan ini sebelum PRU akan datang. Jika mereka-mereka ini benar-benar istiqamah didalam perjuangan membela rakyat, pastinya isu-isu perebutan ini tak akan timbul. Tetapi segala kemelut ini menunjukkan bahawa mereka sebenarnya hanya gilakan kuasa pemerintahan sahaja tanpa pedulikan khidmat yang boleh diberikan kepada rakyat.

Karenah-karenah Pakatan ini berbeza sekali dengan konsep Barisan Nasional yang sentiasa mendahulukan rakyat serta bermuafakat didalam menentukan calon yang terbaik bagi setiap kawasan. Inilah yang dikatakan semangat kerjasama dan juga keseimbangan toleransi didalam BN yang tak mampu ditiru oleh Anwar didalam Pakatan!

-MYKMU

No comments:

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini