Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Hilangkan wang pertaruhan PAS di Merlimau.

Pengundi DUN Merlimau perlu membuktikan bahawa pakatan pembangkang terutamanya Pas tidak mempunyai tempat walaupun mereka mendakwa kawasan berkenaan adalah kubu kuat mereka di negeri Melaka pada pilihan raya kecil (PRK) yang bakal diadakan, 6 Mac nanti .

Ketua Penerangan Wanita UMNO, Datuk Hamidah Osman berkata seperti biasa setiap kali PRK diadakan, pakatan pembangkang akan membuat pelbagai kenyataan bahawa mereka mempunyai pengaruh dan sokongan di kawasan yang ditandingi walaupun menyedari akan kalah.

“Sebenarnya pakatan pembangkang menyedari mereka akan kalah di Merlimau, tetapi untuk menunjukkan kepada rakyat bahawa mereka mempunyai sokongan, mereka tetap meletakkan calon dalam setiap kali PRK yang diadakan.

“Jadikan DUN Merlimau sebagai tempat untuk membuktikan bahawa rakyat menolak pembangkang, perkara ini perlu dibuktikan bukan sahaja dengan mengalahkan mereka dengan majoriti lebih besar malah kita perlu menewaskan sehingga hilang wang pertaruhan,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan taklimat kepada jentera Jalinan Rakyat, PRK Dun Merlimau.

Menurutnya perkara itu, bukan perkara mustahil dan mampu dilakukan kerana pakatan pembangkang tidak mempunyai apa-apa isu untuk diperjuangkan selain menabur fitnah atau dakyah yang mengelirukan rakyat dalam usaha mereka untuk mendapat sokongan.
“Perjuangan pembangkang kini sudah hampir ke penghujung, perkara ini sudah terbukti bahawa sokongan pembangkang semakin merosot melalui beberapa pilihan raya yang berlaku sebelum ini.

“Bukan sahaja mereka kalah, undi yang diperolehi semakin berkurangan dan di Merlimau pembangkang akana terus menderita kerana mereka akan hilang wang pertaruhan,” katanya.

Hamidah berkata, perkara itu bukanlah sesuatu yang mustahil jika petugas Barisan Nasional (BN) di PRK Merlimau bekerja keras memberi penerangan untuk menangkis segala fitnah dan tohmahan yang dilemparkan oleh pembangkang kepada kerajaan.

“Apa lagi yang hendak diperjuangkang di Melaka, Melaka sudah diisytiharkan sebagai negara maju, mereka dah tak ada modal, mereka bertanding ini sekadar untuk menunjukkan ego bahawa mereka masih ada sokongan,” katanya.  

- MediaUMNO

No comments:

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini