Terkini dari N28 Kerdau, Pahang

Terkini @RT

Satu lagi usaha DAP membuli PAS ! 80% Cina sokong PAS di Merlimau ?

Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (Dun) Merlimau yang akan diadakan pada 6 Mac nanti bakal menjadi satu lagi pembaziran bagi pihak PAS.

Merlimau sebuah pekan kecil yang sedang membangun di dalam daerah Jasin dan terletak di tengah- tengah antara bandar Melaka serta Muar. Di sini juga wujudnya sebuah politeknik di depan Masjid Asy-Syuja'ah, balai bomba, hospital, balai polis, dua buah sekolah menengah, sebuah kawasan perindustrian yang menempatkan beberapa buah kilang dan sebuah projek bandar baru Merlimau yang semakin rancak pembinaannya.

Dun Merlimau (N27) diwujudkan pada tahun 1994 di mana sebelum itu merupakan sebahagian daripada Dun Sungai Rambai. Dun ini terbahagi kepada dua bahagian iaitu di bahagian pantai meliputi pekan Merlimau yang mempunyai empat daerah mengundi Merlimau Utara, Merlimau Pasir, Permatang Serai dan Pengkalan Samak.

Manakala, di bahagian darat mempunyai tiga daerah mengundi iaitu Chinchin, Ayer Merbau serta Jasin Lalang dan secara umumnya Merlimau adalah sebuah perkampungan tradisional Melayu yang bercampur dengan pekan kecil dan ladang. Kaum Melayu tinggal di kampung, Cina di pekan dan India di Ladang, hasil peninggalan polisi penjajah British iaitu pecah dan perintah.

Pilihan Raya Umum (PRU) pertamanya ialah pada tahun 1995 di antara calon Semangat 46 dan Umno. Pada PRU 1999, Mejar (B) Jasme Tompang (PAS) memperolehi 2,012 undi tewas dengan majoriti 2,252 kepada Dato' Nadzri Azim (BN) yang mendapat 4,264.

Pada 2004 menyaksikan calon BN, Dato' Mohamad Hidhir Abu Hassan menang dengan majoriti yang lebih besar iaitu sebanyak 5,087 undi apabila memperolehi 6,332 undi menggalahkan calon KeADILan, S.Jayathas yang mendapat 1,245 undi.

BN mengalami kejutan apabila majoriti mereka merosot kepada 2,154 pada tahun 2008 di mana Dato' Mohamad Hidhir cuma mendapat 4,981 undi manakala calon PAS yang kembali bertanding Mejar Jasme mendapat 2,827 undi.

Dalam PRU 2008, seramai 10,471 orang pengundi berdaftar layak mengundi di Dun Merlimau dan daripada jumlah itu, Melayu sebanyak 64.69%, 21.11% Cina, 14.16% India serta 0.04% pengundi lain-lain kaum.

PAS Melaka meletakkan angan-angan besar untuk memenangi DUN Merlimau pada PRK ini kerana ianya antara DUN sasaran yang berpotensi ditawan dalam PRU ke 13 berdasarkan kelebihan beberapa aspek yang di ambil kira termasuklah faktor peratusan pengundi bukan Melayu yang agak tinggi.


Satu isu yang cuba dimainkan di PRK kali ini, kononnya DAP Melaka pernah membawa usul membantah dan mempertahankan surau serta bangunan Pasti Bukit Katil agar tidak dirobohkan bagi pembinaan jalan raya namun tidak terdaya. Oleh yang demikian, mereka berhujah bahawa perlunya PAS didalam Sidang DUN Melaka. Persoalannya apakah PAS di Pulau Pinang dan Selangor terdaya memperjuangkan isu-isu umat islam didalam kerajaan PR sendiri ? Bukankah mereka hanya di perkotak-katik oleh DAP di kedua-dua buah negeri ini.

DAP sejak awal-awal lagi telah mengarahkan ahli dan penyokongnya memberikan sokongan padu kepada calon PAS pada PRK ini serta telah mengerakkan jenteranya bersama dengan petugas PAS tempatan bagi memenangi sokongan khususnya pengundi Cina.

Sekiranya sokongan bukan Islam dapat ditingkatkan sehingga melebihi 80% dan juga sokongan orang Melayu juga bertambah beberapa peratus lagi maka tidak mustahil PAS akan mampu menang pada PRK ini.

2 comments:

Anonymous said...

Apa pun DAP buat untuk nampakkan sokong Islam dan PAS spt dicucuk hidung. Dalam apa jua isu PAS sentuh DAP lebih tahu Islam drp UMNO ke , apa-apa saja le. Tanya PAS berapa orng DAP masuk Islam? PERKIM tak main Politik sentiasa daftar saudara baru. Usah main wayang PAS.Jaguh jalak lintang saja.

TOK YA,Perak.

Anonymous said...

Salam,
Hujah yang mengatakan Pas perlu ada wakil dalam Dewan Negeri Melaka, samalah dengan adanya wakil-wakil pas dalam dewan Negeri Pulau Pinang. Apa boleh Pas buat kalau mereka memenangi 1 kerusi diMerlimau????

Pada hal mereka mempunyai beberapa kerusi di Dewan Negeri Pulau Pinang. Peniaga-peniaga Melayu dianaktirikan oleh DAP. Pas tidak boleh melindungi peniaga-peniaga tersebut. Pas telah menginanyai orang Melayu di Pulau Pinang.

Apa mereka boleh buat kalau menang dengan 1 kerusi....???? Porah....

N-27 DUN MERLIMAU

25 Suara Sahih Terkini